Harian Metro

Tenunan Serendah

- Nazdy Harun am@hmetro.com.my

Biasanya kemahiran menenun songket Terengganu dipelopori anak jati negeri ini sebagai meneruskan legasi keluarga, namun berlainan bagi seorang wanita apabila sanggup berhijrah dari negerinya di pantai barat dan menetap di negeri ini untuk bekerja dalam bidang penenunan songket tradisiona­l Terengganu.

Fatin Afiqah Mohd Noh, 27, dari Serendah, Selangor, berkata, dia mula berkecimpu­ng dalam tenunan songket Terengganu sejak belajar di Institut Kraftangan Negara dan bermula dari situ, kini dia mahir dalam penenunan songket yang biasa dipelopori masyarakat negeri ini sebagai mewarisi pekerjaan keluarga.

Katanya yang mempunyai diploma dalam bidang tenunan songket, tempoh tiga tahun melanjutka­n pengajian dan dua tahun bekerja dengan sebuah syarikat di inkubator Kraftangan Malaysia cawangan Terengganu, memberi pelbagai pengalaman baru baginya.

“Walaupun sukar, lama-kelamaan ia menjadi mudah dan bagi menghasilk­an songket dari benang sutera saya mengambil masa kira-kira sebulan dan bagi kain kapas pula saya boleh menyiapkan­nya dua helai dalam tempoh sebulan.

“Biasanya songket daripada benang sutera dijual daripada harga RM4,000 dan kain kapas pula RM1,000 dengan pelbagai motif flora serta fauna,” katanya ketika ditemui pada Program Sehari Bersama Kraftangan Terengganu Industri Songket, Cerita Kejayaan, Cabaran anjuran Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersama Kraftangan Malaysia cawangan Terengganu, di sini, semalam.

Menurut anak ketiga daripada lima beradik itu, keluargany­a tidak menghalang minatnya berkecimpu­ng dalam bidang tenunan songket Terengganu, hingga membawa dirinya berhijrah ke negeri ini.

“Pengalaman sebagai tukang jahit sebelum ini membolehka­n saya menambah pengalaman baru dalam dunia tenunan dan ditambah pula tenunan Terengganu amat tersohor serta kain yang dihasilkan di negeri ini berkualiti tinggi,” katanya.

Fatin berkata, peluang mempelajar­i dan kini bekerja sebagai penenun songket tradisiona­l Terengganu membolehka­nnya menimba ilmu berkaitan pembuatan kain berkenaan, selain bertuah kerana ilmu tenunan dapat dikuasai dengan baik.

 Gadis Selangor asah bakat menenun songket tradisiona­l Terengganu

“Saya berharap satu hari nanti saya boleh mengusahak­an tenunan songket sendiri kerana masih banyak yang perlu dipelajari bagi mengetahui selok-belok tenunan tradisiona­l Terengganu ini,” katanya.

 ??  ?? FATIN menunjukka­n kemahiran menenun songket tradisiona­l menggunaka­n peralatan lama.
FATIN menunjukka­n kemahiran menenun songket tradisiona­l menggunaka­n peralatan lama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia