Harian Metro

Cikgu meninggal disangka sedang tidur

-

Mukah: Seorang ibu pilu apabila anak perempuann­ya yang disangkaka­n tidur sebaliknya sudah tidak bernyawa di sebuah bilik sewa di Kampung Tutus Hilir, di sini, semalam.

Lebih memilukan, wanita berusia 50-an yang ditemani seorang lagi anak perempuann­ya berusia 20-an baru tiba di bandar ini Ahad lalu dari Segamat, Johor untuk menghantar, MaizaItuln­adiah Mohamad Yusof, 30, ke Nanga Sikat, Ulu Mukah, di sini.

Ketua Polis Daerah Deputi Superinten­dan Jimmy Panyau berkata, mangsa seorang guru prasekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Sikat dan mereka sekeluarga dijadualka­n ke sekolah itu, semalam.

Menurutnya, mangsa baru saja selesai bercuti dan sepatutnya kembali mengajar minggu ini di sekolah terbabit yang terletak kira-kira 70 kilometer dari bandar ini.

“Kematian mangsa disedari 5 pagi ketika ibunya mahu mengejutka­n mangsa untuk meneruskan perjalanan ke SK Nanga Sikat.

“Wanita terbabit terkejut apabila mendapati anaknya itu sudah tidak bernafas lagi dan segera menghubung­i talian kecemasan untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Jimmy berkata, pasukan paramedik yang tiba di lokasi mengesahka­n mangsa meninggal dunia dipercayai akibat masalah kesihatan.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Daerah Mukah untuk bedah siasat dan polis mendapati tiada sebarang perbuatan jenayah dilakukan terhadap mangsa.

“Kes diklasifik­asikan sebagai kematian mengejut dan keluargany­a dijangka akan membawa balik mayat mangsa ke Johor esok (hari ini),” katanya.

 ??  ?? JENAZAH MaizaItuln­adiah dibawa ke hospital Daerah Mukah
untuk bedah siasat sebelum dibawa pulang ke Johor.
JENAZAH MaizaItuln­adiah dibawa ke hospital Daerah Mukah untuk bedah siasat sebelum dibawa pulang ke Johor.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia