Harian Metro

Tak setuju pemberhent­ian kakitangan sementara LKM

-

Kota Kinabalu: Keputusan pemberhent­ian 281 kakitangan sementara Lembaga Koko Malaysia (LKM) berkuat kuasa 13 Ogos depan dilakukan pihak pengurusan LKM sendiri.

Pengerusi Lembaga Pengelola LKM Datuk Dr Marcus Mojigoh berkata, pihaknya termasuk ahli lembaga tidak bersetuju dengan keputusan itu dan perkara itu akan dibawa ke Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah yang diadakan di Nilai, Jumaat ini.

“Ini sebenarnya bukan keputusan ahli lembaga dan saya juga memang tidak bersetuju pekerja sementara diberhenti­kan kerja. Perkara ini akan dibawa ke mesyuarat Jumaat ini dan akan merujuk kembali keputusan ini kepada Ketua Pengarah kami selain turut memohon supaya surat peletakan jawatan ditarik balik.

“Apa yang berlaku ini adalah tindakan pihak pengurusan yang kononnya mendapat arahan daripada kementeria­n Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA) bahawa kakitangan yang dilantik tidak mengikut prosedur tertentu akan ditamatkan termasuk penguranga­n pekerja harian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Marcus ketika diminta mengulas mengenai rayuan 281 pekerja melalui Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmat­an Awam (CUEPACS) supaya notis pemberhent­ian kerja itu dibatalkan turut bersetuju tindakan itu diambil.

Terdahulu Harian Metro semalam, melaporkan seramai 281 kakitangan sementara LKM melalui CUEPACS merayu notis pemberhent­ian pekerja dikeluarka­n pada 10 Julai lalu ditarik balik.

CUEPACS juga meminta kerajaan campur tangan menyelesai­kan masalah berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia