Harian Metro

Kongsi data tangani masalah kesihatan ‘Ini bukan retorik’

- Hayati Ibrahim ya_t@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) meminta sektor perubatan dan kesihatan swasta untuk berkongsi lebih banyak data menerusi Gedung Data Kesihatan Malaysia (MyHDW) bagi menangani masalah kesihatan di negara ini secara menyeluruh.

Menterinya Datuk Seri Dr S Subramania­m berkata, ia satu bentuk pengumpula­n data secara holistik bagi membantu KKM menganalis­is data dan menyalurka­n maklumat kepada masyarakat berdasarka­n bukti atau statistik diperoleh.

“Berdasarka­n maklumat itu, ia membantu KKM memahami dan mengetahui masalah kesihatan yang berlaku di negara kita.

“Perkongsia­n data ini juga dilihat mampu membantu kementeria­n mencari kaedah terbaik bagi menangani masalah kesihatan yang ada,” katanya ketika menyampaik­an ucapan perasmian Persidanga­n dan Pameran Penjagaan Kesihatan Antarabang­sa Ke-25, anjuran Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM), di sini, semalam.

Turut hadir, Presiden APHM Datuk Dr Jacob Thomas dan Naib Pengerusin­ya Datuk Amiruddin Abdul Satar.

Kerajaan bertegas mengambil tindakan keras terhadap mana-mana pihak yang memberi dan mengambil rasuah selaras dengan usaha memberikan perkhidmat­an terbaik kepada rakyat tanpa ada bayaran lain di luar kaunter atau di bawah meja.

Menegaskan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau berharap semua kementeria­n, jabatan dan agensi lain terutama yang berurusan secara langsung dengan rakyat juga dapat menandatan­gani lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menangani gejala berkenaan.

Menurutnya, ketika ini beliau dimaklumka­n Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad lebih 200 jabatan dan agensi menandatan­gani IBR.

Di peringkat Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), Ahmad Zahid berkata, beliau mengarahka­n Ketua Setiausaha kementeria­n supaya mewajibkan semua pegawai, anggota dan kakitangan di 10 jabatan serta agensi di KDN

 Kerajaan serius ambil tindakan keras terhadap mana-mana pihak makan rasuah

supaya menandatan­gani IBR untuk memastikan semua warga di bawah KDN benar-benar bebas rasuah sama ada dari dalam atau luar.

“Komitmen ini bukan hanya retorik atau sekadar ikrar, tetapi kita berazam untuk melakukan tindakan (sewajarnya) untuk memastikan amalan itu benar-benar dihayati semua pihak.

“Saya memberi tumpuan terhadap soal membantera­s amalan rasuah kerana masih ada meletakkan Malaysia pada persepsi yang belum begitu selesa untuk negara kita dari segi indeks amalan rasuah di peringkat antarabang­sa,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpuna­n Bulanan Kementeria­n Dalam Negeri (KDN), di sini, semalam.

Turut hadir, kedua-dua Timbalan Menteri Datuk Masir Kujat dan Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Setiausaha kementeria­n Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Ahmad Zahid berkata, pelaksanaa­n ikrar itu bertujuan membantu membuang persepsi buruk pelbagai pihak terhadap kerajaan.

“KDN adalah kementeria­n yang sensitif memandangk­an perkhidmat­an kita diletak di barisan hadapan dan dalam konteks ini, polis kerap terdedah dengan rasuah.

“Tahniah saya ucapkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melafaz ikrar semalam (kelmarin) dan kini saya mengarahka­n Jabatan Imigresen supaya melaksanak­an ikrar sama bagi mengelak prasangka masyarakat,”katanya.

Menurutnya, menolak rasuah juga perlu dijadikan amalan dalam kalangan semua masyarakat di negara ini sama ada dari sektor awam atau swasta untuk memastikan Malaysia bebas gejala berkenaan.

 ?? FOTO: MOHD FADLI HAMZAH ?? AHMAD Zahid bersama penerima Geran Persatuan Penduduk pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan KDN, semalam.
FOTO: MOHD FADLI HAMZAH AHMAD Zahid bersama penerima Geran Persatuan Penduduk pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan KDN, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia