Harian Metro

Tiada rombakan besar

- Nursyahira­h Marzuki am@hmetro.com.my

 Kekosongan dua jawatan tertinggi JPJ akan diisi ikut prosedur

Tiada sebarang rombakan secara besar-besaran yang akan berlaku terhadap Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), berikutan dua pegawai kanannya ditukarkan ke jabatan lain berkuat kuasa Jumaat lalu.

Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, kekosongan dua jawatan tertinggi pengurusan jabatan berkenaan juga akan diisi mengikut prosedur biasa yang ditetapkan kerajaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penghargaa­n Kempen Keselamata­n Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kebangsaan di Ibu Pejabat Jabatan Keselamata­n Jalan Raya (JKJR), di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Nadzri Siron dan Ketua Pengarah JKJR Datuk Rosli Isa.

Baru-baru ini, Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ Datuk Yusoff Ayob dan Pengarah Penguatkua­sanya Datuk V Valluvan Veloo ditukarkan ke Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA).

Ditanya mengenai penggantun­gan tiga anggota Pasukan Tindakan Khas (PTK) JPJ Ab Aziz berkata, ketiga-tiga anggota berkenaan digantung tugas hingga siasatan polis selesai.

“Oleh kerana mereka terbabit dengan jenayah (pecah masuk pejabat Ketua Pengarah), maka sebab itu polis terpaksa ambil tindakan sewajarnya dan kita akan tunggu hasil siasatan sebelum mengambil tindakan.

“Bagaimanap­un, kita akan menyerahka­n sepenuhnya kepada JPA untuk menentukan tindakan susulan terhadap ketiga-tiga anggota berkenaan,” katanya.

 ??  ?? AB Aziz (tengah) bersama kakitangan JKJR pada Majlis Penghargaa­n Kempen Keselamata­n Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kebangsaan, semalam.
AB Aziz (tengah) bersama kakitangan JKJR pada Majlis Penghargaa­n Kempen Keselamata­n Jalan Raya dan Ops Bersepadu sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kebangsaan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia