Harian Metro

Jiwa anime Marina

- Nabihah Kamal nabihah.kamal @hmetro.com.my

Daripada kain hingga ke rambut palsu, semua dihasilkan sendiri demi mendapatka­n kostum yang sama seperti karakter asal kartun animasi atau anime Jepun.

Itu dilakukan Marina Shukry, 30, atau lebih mesra disapa Version yang memilih

(permainan kostum) sebagai hobi.

Graduan Sarjana Seni Bina Universiti Limkokwing berasal dari Kota Bharu, Kelantan berkata, dia meminati anime sejak di tingkatan empat.

“Saya menonton cerita Jepun dan minat dengan budayanya kerana setiap corak atau bentuk pakaian serta aksesori seperti pedang yang digunakan mempunyai makna tersendiri. Selepas itu, saya terlihat pakaian seorang pereka sebelum menghantar e-mel kepadanya bertanya bagaimana dia menghasilk­an kostum.

“Saya diberitahu, dia buat sendiri dan bermula dari situ saya mula belajar menghasilk­an kostum,” katanya.

Menurutnya, pakaian, aksesori dan hiasan rambut untuk watak animasi juga dihasilkan sendiri demi kepuasan diri.

“Saya mahu beli namun ia tidak sama dengan seni budaya barangan asal. Oleh itu, saya pelajari sendiri untuk buat replika seperti pedang dan perisai watak animasi itu,” katanya.

Menurutnya, dia mula belajar menjahit sejak usianya 16 tahun untuk hasilkan kostum.

“Saya pilih kain yang mempunyai corak unik termasuk menggunaka­n kain langsir kerana materialny­a berat dan cantik.

“Selain itu, apabila saya ada kesempatan ke luar negara, saya akan beli barangan menjahit seperti manik dan rambut palsu,” katanya. Marina berkata, hobi

bukan sekadar menghasilk­an kostum kerana dia juga perlu mendalami watak animasi yang dipilih untuk

“Cara orang Jepun pegang pedang berbeza, jika teknik saya salah, markah yang diberikan oleh pihak juri di pertanding­an kurang.

“Sebagai persiapan, saya akan teliti cara sesuatu watak animasi Jepun yang saya pilih itu beraksi termasuk cara duduk dan gerakan tangan,” katanya yang pernah memenangi tempat pertama dalam pertanding­an antarabang­sa di

pada 2015 serta pertanding­an Animax pada 2012.

 Sarjana seni bina gila hasil sendiri kostum Cosplay

 ??  ?? MARINA menunjukka­n gambar baju Cosplay Seth Nightlord dari siri anime Trinity Blood.
MARINA menunjukka­n gambar baju Cosplay Seth Nightlord dari siri anime Trinity Blood.
 ?? Marina ?? Saya mahu beli namun ia tidak sama dengan seni budaya barangan asal. Oleh itu, saya pelajari sendiri untuk buat replika seperti pedang dan perisai watak animasi itu”
Marina Saya mahu beli namun ia tidak sama dengan seni budaya barangan asal. Oleh itu, saya pelajari sendiri untuk buat replika seperti pedang dan perisai watak animasi itu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia