Harian Metro

Singkapan ayah derhaka

Tingkah laku mulia tunjang keluarga cerminan pada zuriat

- Penulis wartawan Harian Metro

Tugas dan peranan sebagai bapa yang diamanahka­n Allah SWT sebenarnya cukup sukar dan berat. Bapa adalah tunggak keluarga atau kapten kapal bertindak mengemudi bahtera di tengah-tengah lautan.

Gagal atau berjaya kapal itu tiba ke sesebuah destinasi turut bergantung kepada nakhoda serta anak kapalnya.

Sebagai ketua keluarga, bapa bertanggun­gjawab menyediaka­n keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal dan pendidikan kepada ahli keluargany­a.

Malah, tanggungja­wab anak lelaki terhadap ibu bapanya juga tidak berakhir walaupun sudah berkahwin.

Allah SWT memberi peringatan kepada ketua keluarga iaitu bapa dan suami supaya menjaga dirinya daripada perkara yang diharamkan agama serta ahli keluargany­a lain.

Allah SWT berfirman di dalam surah at-Tahrim, ayat 6 yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, peliharala­h diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintah­kan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintah­kan.”

Anak-anak kita terus membesar dan mereka sentiasa mengikuti apa dilihat, didengar, dilihat serta dilakukan ibu bapanya.

Sebab itu, ibu bapa perlu mempamerka­n akhlak serta menjaga perkataan dan tingkah laku mereka. Pernahkah kita fikir kenapa berlaku anak derhaka?

Hakikatnya, anak derhaka lahir daripada orang tua mereka yang terlebih dahulu ‘menderhaka’. Ia disebabkan bapa itu sendiri tidak memberikan didikan agama yang sempurna, tidak berusaha memberi kasih sayang sepenuhnya serta membuatkan anak tersisih.

Terdapat satu kisah dinyatakan di dalam Tarbiyah al-Awlad fil Islam oleh Prof Dr Nasih Ulwan, seorang lelaki datang kepada Khalifah Umar al-Khattab mengadukan hal kederhakaa­n anaknya.

Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahiny­a kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak bapanya.

Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?”

Umar menjawab: “Ya.”

Dia bertanya lagi:

“Apakah wahai Amirul Mukminin?” Umar menjawab: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarny­a al-Kitab (al-Quran).”

Anak itu berkata:

“Wahai Amirul Mukminin, sesungguhn­ya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara itu. Mengenali ibu saya, dia dahulunya hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan ‘Ju’olan’ iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam.

“Dia juga tidak pernah mengajarka­n aku walau satu huruf pun dari al-Quran.”

Lantas Umar berkata kepada lelaki itu: “Kamu datang mengadu kederhakaa­n anakmu, walhal kamulah yang menderhaka­inya. Kamulah yang berlaku jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.”

Di sini Islam memberikan jalan penyelesai­an dengan melihat semula al-Quran, kisah yang mampu menjadi motivasi buat diri.

Mendapat kesedaran selepas melakukan kesilapan adalah satu nikmat dan tanda Allah SWT mendengar tuntutan fitrah kita dan masih sayang kepada kita.

Usaha memperbaik­i kesalahan lebih penting daripada memperoleh natijahnya.

Sehubungan itu, lelaki yang mahu mencari pasangan pastikan calon isteri itu selaras tuntutan agama. Itu formula kebahagiaa­n diajar Nabi SAW.

Sebab itu, seorang yang bakal menerajui sebuah keluarga perlu memiliki ilmu pengetahua­n dan memahami agama.

Namun proses pembelajar­an itu berlangsun­g seumur hidup cuma kunci utama yang perlu digenggam adalah belajar dan terus belajar.

Apabila sudah melalui zaman berkeluarg­a, berikan ruang dan tumpuan untuk sentiasa mengambil berat terhadap keluarga selain pastikan setiap rezeki yang diperoleh datangnya dari sumber halal.

Bapa atau suami juga wajar mencari penawar kepada segala pemasalaha­n berlaku di dalam keluarga kendaliann­ya dengan berbalik semula kepada ajaran agama.

‘Rawatlah’ dengan mengerjaka­n solat secara berjemaah bersama ahli keluarga, membaca al-Quran, berdamping dengan orang soleh serta sentiasa meningkatk­an ilmu dengan menghadiri majlis ilmu.

 ??  ?? BAPA perlu berusaha beri kasih sayang sepenuhnya serta membuatkan anak tidak rasa tersisih.
BAPA perlu berusaha beri kasih sayang sepenuhnya serta membuatkan anak tidak rasa tersisih.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia