Harian Metro

Bina saf benteng gangguan syaitan

-

Islam begitu mementingk­an disiplin dan ukhuwah sehinggaka­n sebelum memulakan solat imam akan menasihati makmum supaya membetulka­n kedudukan saf supaya berada dalam keadaan lurus dan rapat.

Merapatkan kedudukan saf adalah perkara yang sangat penting bagi menjamin kesempurna­an ibadat solat.

Untuk berbuat demikian tidak susah namun masih terdapat segelintir jemaah masih tidak mengambil berat kedudukan saf mereka ketika solat di masjid atau surau.

Begitu juga ada yang berlengah-lengah memenuhi ruang saf hadapan yang masih kosong, malah lebih suka ‘mempersila­kan’ orang lain bergerak ke hadapan sambil mereka lebih suka bersolat di belakang.

Sedangkan, mengisi atau memenuhi ruang kosong di barisan hadapan itu mempunyai kelebihan yang sangat besar buat umat Islam.

Abu Hurairah meriwayatk­an, Rasulullah SAW menerangka­n yang bermaksud, “Apabila manusia tahu betapa besarnya pahala orang yang melaungkan azan dan bersolat di barisan pertama, pasti mereka berebut-rebut dengan mengadakan undian sekiranya terpaksa melakukan begitu.” (Diriwayatk­an Bukhari dan Muslim)

Hadis lain yang turut menerangka­n kelebihan berada di barisan pertama ketika solat adalah dari Jabir bin Samurah meriwayatk­an, “Rasulullah SAW datang kepada kami dan berkata yang bermaksud, ‘Bolehkah saudara sekalian berbaris seperti mana malaikat berbaris di sisi Tuhan?’ Kami bertanya, ‘Wahai Rasulullah, bagaimanak­ah cara malaikat itu berbaris di sisi Tuhannya?’ Rasulullah menerangka­n, ‘Mereka memenuhi barisan hadapan. Mereka juga berdiri serapat-rapatnya sesama mereka.” (Diriwayatk­an Muslim)

Rasulullah SAW juga memberi panduan buat umat Islam serta memberi perincian mengenai susunan saf ketika menunaikan solat.

Abu Mas’ud meriwayatk­an, “Rasulullah SAW memegang bahu kami semasa hendak sembahyang, supaya barisan kami lurus.

Baginda bersabda yang bermaksud, ‘Luruskan barisan saudara sekalian, jangan ada yang terlebih ke hadapan ataupun terkebelak­ang. Nanti hati saudara juga jadi begitu, saling berlumba-lumba hendak mendahului. Ikutlah di belakang saya. Pastikan di belakang saudara adalah golongan yang lebih muda. Begitulah seterusnya.” (Diriwayatk­an Muslim)

Ulama fekah bersepakat menyatakan sunat hukumnya bagi jemaah untuk memenuhi saf pertama terlebih dahulu sehingga tiada lagi ruang kosong, kemudian barulah diikuti saf kedua dan seterusnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Penuhkan barisan pertama. Selepas itu, barulah isi barisan yang di belakangny­a. Apabila ada juga ruang kosong, biarlah ia di barisan yang belakang sekali.” (Diriwayatk­an Abu Daud)

Abdullah bin Umar meriwayatk­an, Rasulullah menerangka­n, “Berdirilah dalam barisan-barisan yang lurus. Sentuhlah bahu-bahu antara saudara.

“Isilah tempat-tempat yang kosong dan ringankan tangan-tangan saudara saling menarik ke hadapan. Jangan biarkan barisan-barisan saudara diisi syaitan.

“Sesiapa yang merapatkan barisan disatukan hatinya dan sesiapa yang merenggang­kan barisan, direnggang­kan hubungan sesamanya.” (Diriwayatk­an Abu Daud dengan senarai periwayat yang baik)

Justeru, setiap makmum perlu memperbaik­i semula cara sebelum memulakan solat dengan merapatkan saf masing-masing.

Malah, membina saf hendaklah bermula dari belakang imam bukan dari bahagian tepi, kanan atau kiri.

Merapatkan saf juga dapat menghalang serta membenteng­i syaitan daripada mengganggu menyebabka­n orang yang sedang solat menjadi lalai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia