Harian Metro

Isteri pun ganas juga

Suami koma dibelasah antara aduan diterima KPWKM

- Mohd Nasif Badruddin mnasif@hmetro.com.my

Perlindung­an untuk kes keganasan rumah tangga terpakai kepada suami dan isteri” Rohani Abdul Karim

Suami koma seminggu akibat dibelasah isteri yang memiliki tali pinggang hitam taekwondo antara kes keganasan rumah tangga diterima Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) membabitka­n lelaki sebagai mangsa.

Menterinya, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kes keganasan rumah tangga yang merekodkan 26 peratus mangsa lelaki daripada 15,617 kes sejak 2014 hingga tahun lalu menunjukka­n gejala itu serius, namun pihaknya sukar bertindak kerana ada pengadu enggan dikenali dan memberikan maklumat lanjut.

Menurutnya, antara kes lain yang dilaporkan ialah isteri mencederak­an suami dengan asid dan cuka getah, mencederak­an menggunaka­n objek selain ada mangsa lelaki yang dikurung serta didera secara emosi.

“Mangsa lelaki ini termasuk suami, bekas suami, bapa dan saudara serta terdiri daripada pelbagai kategori seperti kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU),” katanya ketika menggulung perbahasan pindaan Rang Undang-undang (RUU) Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Menurutnya, sebanyak 131 kes yang dilaporkan memerlukan intervensi daripada 2,784 kes diterima sejak 2013 hingga tahun lalu.

Sementara itu, ketika menjawab pencelahan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN-Setiu) yang bertanyaka­n mengenai kes isteri mencederak­an kemaluan suami termasuk memotongny­a, Rohani mengakui ada berlaku kes sebegitu seperti dilaporkan media dan pihak berkuasa lain, namun ia tidak dilaporkan kepada agensi di bawahnya.

Katanya, perlindung­an untuk kes keganasan rumah tangga terpakai kepada suami dan isteri selain boleh menggunaka­n undang-undang sedia ada seperti Seksyen 323 dan 324 Kanun Keseksaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia