Harian Metro

Selangor catat buang bayi paling tinggi

-

Kuala Lumpur: Kes pembuangan bayi di negara ini menunjukka­n peningkata­n setiap tahun dengan jumlah terkumpul 697 kes dari 2010 hingga tahun lalu.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, statistik dikeluarka­n Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu menunjukka­n sebanyak 91 kes pembuangan bayi direkodkan pada 2010, 98 kes (2011), 89 kes (2012), 90 kes (2013), 103 kes (2014), 111 kes (2015) dan 115 kes (2016).

Katanya, bagi tempoh itu lima negeri mencatatka­n kes tertinggi dengan Selangor merekodkan 157 kes diikuti Sabah (84), Johor (84), Kuala Lumpur (65) dan Sarawak (49).

“Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sentiasa melaksanak­an pelbagai usaha bagi membendung gejala pembuangan bayi yang berlaku pada hari ini.

“Bagi bayi ditinggalk­an di Baby Hatch, kementeria­n menjalinka­n kerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan dan Pengurusan Anak-Anak Yatim Kuala Lumpur (OrphanCARE) yang menyediaka­n perkhidmat­an perlindung­an kepada bayi dilahirkan oleh ibu terdesak yang tidak mengingink­an bayi mereka serta ditinggalk­an di Baby Hatch,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Teo Nie Ching (DAP-Kulai) yang bertanyaka­n jumlah kes pembuangan bayi sejak 2010 dan cara kerajaan menentukan kerakyatan­nya di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Menurutnya, kini terdapat lapan hospital dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menubuhkan Baby Hatch.

Katanya, berdasarka­n statistik OrphanCARE, jumlah bayi yang ditinggalk­an di Baby Hatch dalam tempoh 2010 hingga 2016 adalah sebanyak 35 kes dengan pecahan Selangor mencatatka­n 29 kes diikuti Kuala Lumpur (dua), Negeri Sembilan (dua), Perak (satu) dan Pahang (satu).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia