Harian Metro

Dialog rancangan jahat

- BERNAMA

 Peniaga sokong Daish cuba buat kemusnahan melalui komunikasi Telegram dipenjara 10 tahun

Seorang peniaga dihukum penjara 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam atas dua pertuduhan memiliki barangan dan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daish, Mac lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah menjatuhka­n hukuman itu selepas Muhamad Noor Helmy Mohd Sabri, 31, mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan.

Dalam penghakima­nnya, Azman berkata, mahkamah memandang serius perbualan tertuduh dalam Telegram berhubung rancangan melakukan kemusnahan yang diperjuang­kan Daish dan walaupun hanya di dalam perbualan dan tidak berlaku, ia ternyata perkara sangat bahaya.

“Jika disebar dan dilaksanak­an sudah tentu banyak kemusnahan berlaku, kamu membawa ideologi di negara lain untuk diaplikasi­kan di negara ini dan perkara ini sangat bahaya,” katanya.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa memiliki baju hitam berlambang kumpulan pengganas Daish di sebuah rumah di Jalan 9, Taman Tapah, Tapah, Perak pada jam 6.45 petang, 17 Mac lalu.

Dakwaan kes dikemukaka­n mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda dan boleh dilucut hak mana-mana barangan itu.

Bagi pertuduhan kedua pula, Muhamad Noor Helmy didakwa dengan pengetahua­n memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daish melalui media sosial Telegram menggunaka­n nama Abu Suffyan.

Pertuduhan itu didakwa dilakukan di Pejabat Bahagian E8

Cawangan Khas, Bukit Aman di sini antara 22 Februari dan 15 Mac lalu.

Pertuduhan itu dikemukaka­n mengikut Seksyen 130J(1)(a) kanun sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara seumur hidup atau penjara maksimum 30 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang digunakan atau diniat digunakan untuk melakukan kesalahan itu.

Pertuduhan terhadapny­a dikemukaka­n Timbalan Pendakwa Raya, Noor Syazwani Mohamad Sobry manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Azman menjatuhka­n hukuman penjara tiga tahun bagi pertuduhan pertama manakala penjara 10 tahun bagi pertuduhan kedua dengan kedua-duanya berjalan serentak bermula dari tarikh tangkap 17 Mac lalu.

Mengikut fakta kes, hasil siasatan ke atas perbualan tertuduh dalam aplikasi Telegram didapati lelaki itu mengatakan hasratnya berhijrah ke Paso, Indonesia bagi menyokong dan berjuang dengan Daish sebelum terus berhijrah ke Syria.

Hasil analisis pakar terhadap 20 gambar kandungan perbualan Telegram itu secara jelas menunjukka­n tertuduh penyokong tegar Daish.

Pakar juga berpendapa­t tertuduh pembawa mesej kumpulan Daish yang amat bahaya dan boleh mengancam keselamata­n negara. Seorang tukang masak dikenakan hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas pertuduhan merakam gambar dan video bahagian kaki wanita menggunaka­n telefon bimbit pada Jun lalu.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhka­n hukuman itu terhadap Chow Chee Yeep, 31, yang mengaku bersalah melakukan perbuatan itu terhadap mangsa berusia 36 tahun.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh dipenjara sebulan jika gagal membayar denda itu.

Chow didakwa mengaibkan kehormatan mangsa dengan melakukan perbuatan itu tanpa pengetahua­n wanita itu, di sebuah medan selera, Tingkat 1, Pavilion, pada jam 2.05 petang, 13 Jun 2016.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Noorelynna Hanim Abd Hanim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia