Harian Metro

Hati gundah

-

 Peniaga di Kompleks Teruntum tunda operasi bimbang keselamata­n selepas tangki air pecah

Walaupun pihak berkuasa memberi kebenaran untuk Kompleks Teruntum di sini, memulakan operasi semalam masih ada peniaga yang bimbang keselamata­n mereka selepas insiden tangki air pecah sehingga menyebabka­n runtuhan dinding bangunanny­a, Ahad lalu.

Malah, tinjauan dilakukan mendapati hanya sebahagian premis di dalam kompleks itu mula beroperasi dan suasana agak lengang berikutan tidak ramai pelanggan berkunjung seperti sebelumnya.

Kebanyakan premis yang dibuka berada di tingkat bawah menempatka­n kedai alat telekomuni­kasi, bank serta kedai runcit manakala hanya beberapa premis di tingkat satu dan dua dibuka yang menempatka­n kedai menjual pakaian serta butik pengantin.

Pekerja kedai minyak wangi Nurul Amirah Najuwa Mohd Zain, 21, berkata, ketika kejadian tangki air pecah itu berlaku, dia tidak bekerja dan hanya tahu apabila dimaklumka­n rakan menerusi aplikasi WhatsApp.

“Majikan memaklumka­n kami boleh memulakan operasi hari ini (semalam). Sejujurnya saya masih bimbang mengenai aspek keselamata­n selepas kejadian itu berlaku namun pihak berkuasa memberi jaminan bangunan ini masih selamat.

“Saya berharap kerja membaiki kerosakan tangki serta dinding di tingkat empat itu disiapkan secepat mungkin bagi membolehka­n kami menjalanka­n perniagaan dengan selesa,” katanya.

Peniaga pakaian Lee Say Heng, 62, berkata, ketiadaan bekalan air dan pendingin hawa yang tidak beroperasi menimbulka­n keadaan tidak selesa buat mereka.

“Kami harap bekalan air pulih kerana jika tiada (air), pendingin hawa tidak dapat berfungsi sepenuhnya jadi kami terpaksa berniaga dalam kepanasan.

“Saya juga menyokong kenyataan Pemangku Raja Pahang (Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah) yang meminta kerja membaiki dan menyelamat­kan kompleks ini disegeraka­n, bukan saja untuk keselesaan peniaga tetapi untuk keselamata­n orang ramai,” katanya.

Tengku Abdullah dalam titahnya kelmarin meminta kerja pemulihara­an dan menyelamat­kan kompleks itu dilakukan bagi memastikan strukturny­a selamat selain turut mengarahka­n semua bangunan lama di negeri ini diperiksa supaya insiden sama tidak berulang.

Sementara itu, Pengurus Badan Pengurusan Bangunan Kompleks Teruntum Mohd Zaid Harun berkata, pihaknya akan cuba memulihkan bekalan air dalam tempoh selewat-lewatnya dua minggu.

 ??  ?? KERJA pembersiha­n giat dijalankan, semalam.
KERJA pembersiha­n giat dijalankan, semalam.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peniaga yang meneruskan operasi, semalam.
SEBAHAGIAN peniaga yang meneruskan operasi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia