Harian Metro

Lembik lutut selamat diri

 Kedai emas rugi RM80,000 enam penjenayah rompak bawa pistol, tukul besi

- Siti Nor Amirah Abu Bakar am@hmetro.com.my

“Selepas terdengar bunyi seakan-akan tembakan, saya terus berlari keluar untuk menyelamat­kan diri,” kata Effa Azianis Abd Aziz, 30, saksi rompakan sebuah kedai emas dalam sebuah pasar raya terkemuka, di sini, jam 6.30 petang kelmarin.

Menurutnya, ketika kejadian, dia berada di depan premis itu sebelum menyelamat­kan diri apabila terdengar bunyi terbabit.

“Saya sedang bekerja sebelum orang ramai tiba-tiba menjerit meminta kami menyelamat­kan diri.

“Dalam keadaan cemas, saya terus keluar dari pasar raya kerana bimbang keselamata­n saya,” katanya.

Pada kejadian itu, enam penjenayah bersenjata­kan tukul besi dan satu objek menyerupai pistol merompak kedai emas itu menyebabka­n kerugian kira-kira RM80,000.

Bagaimanap­un, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan.

Seorang lagi saksi, Sulaiman Amjad, 25, berkata, dia melihat empat lelaki meluru masuk ke premis itu sambil membawa penukul sebelum penjenayah memecahkan cermin.

“Saya terus berlari untuk menyelamat­kan diri,” katanya.

Tinjauan mendapati kedai emas itu masih tutup dan diletakkan tanda amaran polis, selain terdapat serpihan kaca bertaburan di lantai.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superinten­dan Nek Zaidi Zakaria ketika dihubungi mengesahka­n kejadian terbabit.

“Siasatan mendapati, enam suspek yang memakai topi keledar berpenutup penuh dan gelap yang menunggang tiga motosikal memecahkan cermin rak barangan kemas sebelum melarikan barangan kemas bernilai RM80,000.

“Kami turut menemui kelongsong peluru jenis Luger 9mm di parkir kenderaan di depan pintu masuk pasar raya berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

 ??  ?? CERMIN ruang pameran pecah dihentak menggunaka­n penukul besi.
CERMIN ruang pameran pecah dihentak menggunaka­n penukul besi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia