Harian Metro

Jurutera tamat riwayat di hujung senapang patah

-

Shah Alam: “Dia menanggung sakit lebih empat tahun, mungkin itu yang menyebabka­nnya bertindak sedemikian,” kata ahli keluarga jurutera yang ditemui mati di rumahnya di Jalan 7/20, Seksyen 7, di sini, semalam.

Dia yang enggan dikenali berkata, mangsa berusia 50 tahun sedang bercuti sakit selama dua bulan dan tinggal di kediaman berkenaan bersama isteri dan anak.

“Saya diberitahu pagi tadi (semalam), dia bersarapan seperti biasa, tiada tanda-tanda pelik pada dirinya.

“Ada ahli keluarga cuba menelefonn­ya berulang kali sebelum kejadian, namun panggilan tidak berjawab,” katanya ketika ditemui.

Pada kejadian jam 1.15 tengah hari, mangsa yang bekerja di sebuah organisasi pelaburan terkemuka ditemui mati dalam tandas tingkat atas rumahnya.

Kejadian itu disedari bapa mentua mangsa yang baru tiba di rumah itu selepas menjemput cucunya pulang dari sekolah.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam Superinten­dan Nek Zaidi Zakaria berkata, mangsa ditemui terbaring bersama senapang patah.

“Bapa mentua mangsa sedang membuka pagar rumah dan terdengar bunyi tembakan dari dalam kediaman.

“Dia terus ke tingkat atas sebelum menemui menantunya dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya.

Nek Zaidi berkata, siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai mengalami ma- salah kemurungan.

“Senapang patah yang digunakan adalah miliknya dan dia juga mempunyai lesen senjata api didaftarka­n di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

“Mayatnya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini, kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut (SDR).

Senapang patah yang digunakan adalah miliknya dan dia juga mempunyai lesen senjata api didaftarka­n di IPD Shah Alam” Nek Zaidi

 ?? FOTO: SHAZREEN ZAMZURI ?? ANGGOTA forensik memegang senapang patah yang digunakan.
PASUKAN perubatan membawa bungkusan untuk siasatan.
FOTO: SHAZREEN ZAMZURI ANGGOTA forensik memegang senapang patah yang digunakan. PASUKAN perubatan membawa bungkusan untuk siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia