Harian Metro

Abu si pemetik petai

 Beruk jantan turut dilatih petik kelapa sejak usia tiga bulan

- Hassan Omar am@hmetro.com.my

Lazimnya beruk dilatih untuk memetik kelapa, tetapi lain halnya dengan beruk jantan yang diberikan nama timangan ‘Abu’ oleh Mohd Noor Mohd Sharif, 46, yang dilatih untuk turut memetik petai.

Jika peniaga buah hutan yang lain memanjat sendiri pokok petai yang tinggi namun Mohd Noor tidak perlu bersusah payah berbuat demikian.

Sebaliknya, cukup sekadar dia mengarahka­n Abu yang berusia empat tahun memanjat pokok petai dan menggigit tangkai buah berkenaan sebelum dilemparka­n ke tanah.

Mohd Noor yang berniaga buah hutan seperti petai, jering dan binjai sejak 2012 berkata, dia membeli Abu daripada seorang rakan pada 2013 ketika haiwan berkenaan berusia tiga bulan untuk dilatih memetik kelapa dan petai.

“Pada mulanya, saya menggunaka­n Abu untuk memetik kelapa, tetapi apabila dia semakin membesar, saya latih dia memetik petai.

“Memetik petai tidak sama dengan memetik kelapa kerana petai berada di hujung dahan dan beruk yang sesuai untuk memetiknya adalah yang bersaiz kecil kerana ia mudah dan selamat berpaut pada hujung dahan berkenaan,” katanya ketika ditemui membawa Abu memetik petai di Kampung Ayer Limau, Masjid Tanah.

Mohd Noor yang menetap di Kampung Paya Rumput, dua kilometer dari Kampung Ayer Limau berkata, tugas memetik kelapa lebih mudah kerana beruk boleh duduk di celah pelepah sambil menggigit tangkai kelapa atau menolak buah itu dengan menggunaka­n kaki.

Bapa kepada empat anak berusia tujuh tahun hingga 19 tahun itu bagaimanap­un berkata, beruk yang memanjat pokok kelapa lebih cepat penat berbanding yang memanjat pokok petai kerana pokok kelapa berbentuk lurus tanpa dahan manakala pokok petai mempunyai banyak dahan untuk haiwan itu berpaut.

“Abu boleh memetik semua petai pada satu pokok dalam tempoh sejam. Bagaimanap­un, ada kalanya dia malas dan membuat kerja sambil lewa menyebabka­n saya terpaksa menunggu sehingga tiga jam,” katanya.

Menurutnya, selain Abu, dia turut memelihara seekor lagi beruk jantan berusia enam tahun tetapi haiwan itu dikhaskan untuk memetik kelapa.

“Saya menjual sepapan petai pada harga RM1.20, jering pada harga RM2.50 sekilogram dan RM4 bagi sebiji binjai,” katanya.

Abu boleh memetik semua petai pada satu pokok dalam tempoh sejam Mohd Noor

 ??  ?? BERUK yang diberi nama 'Abu' memetik petai di Kampung Ayer Limau, Masjid Tanah.
BERUK yang diberi nama 'Abu' memetik petai di Kampung Ayer Limau, Masjid Tanah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia