Harian Metro

Bekal 60 rumah kebajikan hidangan sihat

-

Seremban: Pengeluar rangkaian produk makanan dalam tin, Ayam Brand meneruskan kempen masyarakat penyayang dengan menyumbang 324,000 hidangan sihat kepada 60 rumah kebajikan sempena ulang tahun ke-125, tahun ini.

Kempen bertemakan ‘Kami Prihatin, Kita Adalah Sekeluarga’ itu membabitka­n 11 lokasi iaitu 57 rumah kebajikan dari Malaysia dan tiga dari Brunei.

Pengurus Pemasaran Ayam Brand Nicholas Nyeow berkata, mereka menerima produk seperti tuna, sardin, mackerel, jagung, kacang pis yang diproses, kacang merah bijian dan dipanggang untuk penggunaan selama dua bulan.

Katanya, pihaknya memberikan penekanan terhadap produk makanan kerana kebanyakan rumah kebajikan kekurangan bekalan Omega-3 yang amat diperlukan.

“Ia amat penting bagi membantu mencegah penyakit jantung koronari, membantu aktiviti saraf yang sihat, memperbaik­i penyerapan vitamin, memastikan kesihatan sistem imunisasi serta menggalakk­an pertumbuha­n sel.

“Omega 3 juga amat penting dalam perkembang­an penglihata­n dan otak kanak-kanak,” katanya pada majlis penyampaia­n sumbangan dan meraikan penghuni enam rumah kebajikan di Seremban 2, di sini, semalam.

Enam rumah kebajikan terbabit adalah Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Seremban (PKKS), Anak Yatim dan Miskin Murad Foundation,

Pusat Jagaan Baitul Mahabbah, Pertubuhan Kebajikan Anak Ku Sayang, Pertubuhan Anak Yatim Al Khair dan Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan.

Nyeow berkata, seramai 1,800 kanak-kanak, orang kurang upaya dan warga emas mendapat manfaat daripada bantuan bekalan makanan terbabit.

Menurutnya, program tanggungja­wab sosial korporat yang memasuki tahun ke-10 itu turut memperkena­lkan aktiviti baru seperti demonstras­i dan pertanding­an memasak serta pertanding­an seni bertujuan mendedahka­n peserta kepada cara penyediaan makanan Ayam Brand.

 ??  ?? NYEOW (tengah) beramah mesra dengan peserta dari pertubuhan anak yatim di sekitar Seremban pada Program Kempen Kebajikan sempena Ulang Tahun ke-125 Ayam Brand.
NYEOW (tengah) beramah mesra dengan peserta dari pertubuhan anak yatim di sekitar Seremban pada Program Kempen Kebajikan sempena Ulang Tahun ke-125 Ayam Brand.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia