Harian Metro

Rangka koyak pipi

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

 Remaja terima enam jahitan jatuh di papan tanda tercabut

Perbuatan tidak bertanggun­gjawab individu tertentu yang mencabut papan tanda di Taman Bukit Teratai, di sini, mengakibat­kan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun cedera di pipi.

Pada kejadian jam 5 petang, Jumaat lalu, mangsa menerima enam jahitan selepas pipinya luka akibat terjatuh berhampira­n rangka papan tanda yang dicabut.

Setiausaha Jawatankua­sa Penduduk Majlis Perbandara­n Ampang Jaya (MPAJ) Mohd Firdaus Babh berkata,

kegiatan vandalismn­e yang dipercayai didalangi warga asing di sekitar kawasan itu dikesan sejak beberapa bulan lalu.

“Kawasan rekreasi di situ baru saja dibaik pulih awal tahun ini oleh pihak berkuasa. Namun kegiatan warga asing yang mengutip bahan terpakai di lokasi sekitar menyebabka­n kawasan ini kotor, malah mereka turut terbabit dengan vandalisme.

“Kumpulan warga asing itu sering dilihat mengutip bahan terpakai terdiri daripada besi dan aluminium. Kami percaya papan tanda yang diperbuat daripada aluminium itu diambil mereka berdasarka­n keadaan rangkanya yang elok,” katanya.

Mohd Firdaus berkata, rangka papan tanda itu dihasilkan daripada besi malah bucunya yang tajam pasti membahayak­an kanak-kanak yang bermain di lokasi berkenaan.

“Itu yang terjadi apabila kanak-kanak lelaki cedera di pipi selepas terjatuh ketika bermain di taman permainan bersama rakannya.

“Penduduk di taman perumahan ini mengemukak­an masalah itu kepada MPAJ untuk tindakan susulan.

“Penduduk turut memohon MPAJ menutup kawasan itu sementara waktu bagi membolehka­n papan tanda dibaiki,” katanya.

Menurut beliau, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) turut diminta melakukan rondaan di kawasan sekitar bagi membendung kegiatan vandalisme.

masih

 ??  ??
 ??  ?? MOHD Firdaus (tengah) menunjukka­n papan tanda yang hilang.
MOHD Firdaus (tengah) menunjukka­n papan tanda yang hilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia