Harian Metro

12 PBT gagal kemuka akaun lengkap GST

-

Sepang: Sebanyak 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor gagal mengakaunk­an cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) sepenuhnya untuk pembekalan bercukai selain mengemukak­an tuntutan tidak layak.

Ia sekali gus menyangkal dakwaan laporan portal berita tempatan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berhutang lebih RM36 juta kepada 12 PBT itu.

Ketua Pengarah JKDM Datuk Seri T Subromania­m berkata, PBT terbabit juga didapati gagal mengemukak­an maklumat tambahan kepada JKDM yang menyebabka­n permohonan tidak dapat diproses mengikut tempoh ditetapkan.

“Pihak PBT didapati membuat tuntutan bagi perkara tidak layak dituntut seperti tuntutan ke atas kereta penumpang bagi kegunaan PBT.

“Sumbangan atau pemberian hadiah kepada pertubuhan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) melebihi daripada RM500 serta tidak diakaunkan sebagai oumengguna­kan tput,” katanya selepas merasmikan Program Menembak Bersama Media di Lapang Sasar Avsec di sini, semalam.

Pada 4 Julai lalu, portal berita tempatan melaporkan JKDM didakwa masih belum menyelesai­kan hutang kepada 12 PBT di Selangor berjumlah lebih RM36 juta.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong Eddie Ng dilaporkan berkata, jumlah itu tuntutan bayar balik GST yang belum dikembalik­an sejak 2016.

Berdasarka­n Seksyen 64, Akta Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (2014), Akta 762, cukai GST tidak dikenakan ke atas apa-apa pembekalan barang atau perkhidmat­an dibuat Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri melainkan jika diarahkan selainnya oleh menteri dalam perintah disiarkan dalam warta.

Subromania­m berkata, mana-mana PBT menghadapi masalah berhubung isu GST boleh mengunjung­i pejabat JKDM berhampira­n untuk maklumat

lanjut.

 ??  ?? SUBROMANIA­M
SUBROMANIA­M

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia