Harian Metro

BERANI BERUBAH

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

Pelbagai inisiatif kerajaan terbukti kukuhkan ekonomi negara

Ekonomi Malaysia terus berkembang maju serta menjadi lebih kukuh hasil daripada pembaharua­n semula dan program yang dilaksanak­an secara mampan oleh kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, kejayaan itu juga dicapai dengan keberanian kerajaan mengambil keputusan sukar untuk membangunk­an ekonomi yang kukuh dan mantap.

Beliau berkata, kerajaan sentiasa tampil dengan pelbagai pembaharua­n, transforma­si ekonomi dan melaksanak­an pelbagai inisiatif bagi mewujudkan kemakmuran kepada negara.

“Kita mempelbaga­ikan sumber pendapatan kerajaan, termasuk mengurangk­an pergantung­an terhadap pendapatan minyak dan gas daripada 41 peratus pada 2009 kepada 14 peratus hari ini.

“Dengan kejatuhan besar harga minyak, cuba bayangkan bagaimana kita akan berdepan keperitan jika kita tidak berbuat demikian,” katanya ketika berucap pada persidanga­n Invest Malaysia Kuala Lumpur (IMKL) 2017, di sini, semalam.

Hadir sama Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Pengerusi Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak dan Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Amirsham A Aziz.

Mengulas mengenai pasaran saham tempatan, Najib berkata, Malaysia mempunyai jumlah syarikat senaraian awam terbesar di ASEAN dan pada nilai AS$29 bilion serta Bursa Malaysia mencatat jumlah dana yang dijana tertinggi dalam tempoh lima tahun lalu berbanding 10 negara anggota lain.

Menurutnya, pasaran modal meningkat sembilan peratus kepada RM3.1 trilion dalam tempoh enam bulan bagi 2017 dan menduduki kedudukan kelima di Asia berdasarka­n kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

“Semua ini menunjukka­n kepada satu kesimpulan, iaitu ekonomi kita terus maju dan lebih kuat dari sebelumnya hasil daripada pembaharua­n serta program yang dilaksanak­an kerajaan.

“Pasaran modal ini berupaya menarik minat yang besar daripada pelabur asing serta tempatan dan dalam pasaran berkenaan terdapat jumlah aliran masuk RM11 bilion pada separuh pertama 2017 berbanding RM3 bilion aliran keluar bagi keseluruha­n 2016,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia