Harian Metro

LEAP bantu PKS kembang perniagaan

-

Kuala Lumpur: Platform Pemecut Usahawan Utama (LEAP) adalah inisiatif baru Bursa Malaysia Berhad dalam memperkasa kumpulan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengembang­kan perniagaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, pasaran LEAP berperanan menawarkan alternatif kepada golongan usahawan untuk meraih dana dan memperluas­kan perniagaan ke peringkat lebih tinggi menerusi pasaran modal.

Beliau berkata, kerajaan optimis pasaran baru itu dapat menyumbang kepada pertumbuha­n segmen PKS terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di mana ia juga adalah selari dengan Pelan Induk PKS yang diperkenal­kan sebelum ini.

“Seperti yang diketahui, PKS meliputi 97 peratus perniagaan di Malaysia dan satu daripada penekanan dalam pentadbira­n saya adalah menyokong dan menggalakk­an sektor ini menjadi tulang belakang kepada ekonomi.

“Malah, ia juga adalah antara pelbagai inisiatif yang kerajaan adakan untuk melaksanak­an transforma­si dan ini membuktika­n kepercayaa­n terhadap kerajaan dengan ekonomi cergas yang mesra perniagaan,” katanya pada majlis pelancaran Persidanga­n Invest Malaysia Kuala Lumpur (IMKL) 2017, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Najib turut menyaksika­n pertukaran memorandum persefaham­an dan perjanjian bagi Pasaran LEAP antara Bursa Malaysia bersama empat rakan strategikn­ya iaitu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDeC), Perbadanan Pembanguna­n Teknologi Malaysia (MTDC), SME Corporatio­n Malaysia dan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU).

Hadir sama, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Amirsyam A Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Seri Tajuddin Atan dan Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia