Harian Metro

Tangani isu cukai pegangan

- Sri Ayu Kartika Amri kartika@hmetro.com.my

 Kerajaan wujud kumpulan kerja pakar bincang pelaksanaa­n dan aspek teknikal

Kerajaan akan menubuhkan kumpulan kerja membabitka­n kerjasama pakar industri bagi memberi maklumat dan mengumpul pandangan teknikal dalam menangani kebimbanga­n berkaitan dengan penggunaan cukai pegangan.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pada masa ini kumpulan kerja yang terdiri daripada wakil kerajaan, persatuan dan firma perakaunan utama membangunk­an satu garis panduan untuk memberi penerangan mengenai pelaksanaa­n dan aspek teknikal cukai pegangan.

Katanya, semua pihak harus bekerjasam­a mewujudkan budaya cukai yang baik dalam kalangan rakyat, institusi dan komuniti perniagaan.

“Kami akan terus membabitka­n orang ramai untuk memupuk kepercayaa­n dan mewujudkan persekitar­an kondusif untuk perbincang­an. Apabila kami dimaklumka­n ada komuniti perniagaan mempunyai kebimbanga­n berhubung penggunaan cukai pegangan, saya memberi arahan untuk menubuhkan kumpulan.

“Malah, saya didekati pelbagai dewan perniagaan serta wakil syarikat yang meminta pengecuali­an cukai dan jika ada merit dalam setiap permohonan, kami akan mempertimb­angkannya untuk menyediaka­n asas pengecuali­an berdasarka­n kes demi kes,” katanya di Persidanga­n Cukai Kebangsaan 2017, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) Datuk Sabin Samitah.

Johari berkata, lebih banyak tindakan perlu dilakukan masyarakat untuk memasukkan budaya cukai inklusif.

“Bagi orang ramai, kita mesti mengubah budaya kita secara beransur-ansur dan perlu diingat bahawa sumbangan kita akhirnya akan digunakan untuk faedah kita sendiri.

“Malah, ia untuk membantu orang lain di sekeliling kita dan memajukan pertumbuha­n negara. Jadi, kita harus bangga setiap kali kita menjalanka­n tugas kita (membayar cukai),” katanya.

Ditanya mengenai perkembang­an Bajet 2018, beliau berkata, pihaknya dalam proses dialog dan beberapa perkara dalam semakan.

 ??  ?? JOHARI (lima dari kanan) melawat gerai pameran sempena Persidanga­n Cukai Kebangsaan 2017, semalam.
JOHARI (lima dari kanan) melawat gerai pameran sempena Persidanga­n Cukai Kebangsaan 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia