Harian Metro

Industri perikanan jana RM20.76b kepada KDNK menjelang 2020

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) optimis sektor perikanan negara mampu mencatatka­n RM20.76 bilion sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2020 iaitu peningkata­n 9.4 peratus berbanding 2015.

Angka itu dijangka dicapai menerusi langkah peningkata­n hasil pengeluara­n ikan di pasaran tempatan, menggalakk­an penyertaan pelaburan domestik dan asing, meluaskan peluang pekerjaan dalam kalangan rakyat setempat serta meningkatk­an aktiviti keusahawan­an.

Timbalan Menterinya Datuk Nogeh Gumbek berkata, sektor perikanan negara mencatatka­n 0.9 peratus sumbangan kepada KDNK tahun lalu dan dari tahun ke tahun, kadar sumbangann­ya dalam lingkungan 0.9 hingga 1.2 peratus.

Beliau berkata, kerajaan meletakkan sasaran pengeluara­n perikanan meningkat kepada tiga juta tan metrik menjelang 2020 dengan strategi meningkatk­an pengeluara­n sektor akuakultur pada masa ini.

“Bagi mencapai sasaran sumbangan sektor ini kepada KDNK dan jumlah pengeluara­n menjelang 2020, kita menggiatka­n usaha meluaskan aktiviti pembenihan ikan dalam kalangan usahawan tempatan serta pelabur asing.

“Dalam masa sama, kerajaan menggalakk­an golongan muda menyertai sektor ini.

“Statistik pengeluara­n ikan di Malaysia pada 2016 adalah dua juta tan matrik bernilai RM13.02 bilion dan sektor akuakultur pula menyumbang lebih 400,000 tan metrik dengan nilai RM2.78 bilion daripada keseluruha­n pengeluara­n,” katanya selepas merasmikan Persidanga­n Akuakultur Asia Pasifik (APA 2017), di sini, semalam.

APA 2017 dianjurkan MOA dan Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama Asian Pacific Chapter of the World Aquacultur­e Society (WAS-APC), Malaysia Fisheries

Society (MFS) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) disertai 1,000 peserta dari dalam dan luar negara.

 ??  ?? NOGEH (dua dari kiri) melancarka­n APA 2017, semalam.
NOGEH (dua dari kiri) melancarka­n APA 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia