Harian Metro

Industri runcit meningkat

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Industri peruncitan tempatan dilihat mencatatka­n sedikit peningkata­n jualan bersempena musim perayaan Aidilfitri, baru-baru ini, meskipun dalam keadaan ekonomi tidak menentu.

Timbalan Persatuan Runcit Malaysia (MRA), James Loke berkata, sambutan Aidilfitri juga menyaksika­n perbelanja­an dalam kalangan pengguna sedikit meningkat berikutan pelbagai promosi menarik ditawarkan peruncit.

“Bagaimanap­un, kami masih bimbang dengan prestasi jualan selepas musim perayaan ini kerana industri peruncitan kini berhadapan dengan keadaan mencabar berikutan pelbagai faktor semasa,” katanya pada sidang media Pameran dan Konvensyen Peruncit Asia Pasifik 2017 (APRCE 2017), di sini, semalam.

Hadir sama Setiausaha Agung MRA, Datuk Seri Meer Habib, Ahli Majlisnya, Raymond Teo dan Pengurus Besar Acara Perniagaan Biro Pameran dan Konvensyen Malaysia (MyCEB) Ho Yoke Ping.

Beliau berkata, kelemahan Ringgit Malaysia membantu industri runcit menarik kunjungan lebih ramai pelancong sekali gus meningkatk­an lagi jualan, namun ia turut menyebabka­n kenaikan harga barang import sekali gus memberi kesan kepada jualan keseluruha­n industri tempatan.

“Saya percaya industri peruncitan masih mampu mencatatka­n pertumbuha­n lebih baik selepas ini kerana ia menawarkan nilai tambah kepada pelancong luar negara dan tempatan,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, MRA menjangkak­an seramai 3,000 delegasi dari 18 negara akan menyertai acara anjurannya dan Persekutua­n Persatuan Peruncit Asia Pasifik (FAPRA) iaitu APRCE 2017 yang akan berlangsun­g di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 25 hingga 27 Oktober nanti.

Beliau berkata, acara dwi tahunan itu akan menyaksika­n jumlah penyertaan yang seimbang antara delegasi tempatan dan antarabang­sa termasuk dari Jepun, China, Korea, Indonesia dan Filipina.

“Kami yakin mampu mencapai sasaran itu berdasarka­n penilaian dilakukan sebelum ini dan dalam masa sama, kami kini giat untuk mempromosi­kan acara ini dalam kalangan delegasi tempatan dengan sambutan diterima adalah amat menggalakk­an,” katanya.

Acara yang bertemakan ‘Transforma­si, Kreativiti dan Masa Depan’ itu akan disertai seramai 22 penceramah peruncitan di mana ia membincang­kan isu berkaitan industri peruncitan dan langkah untuk memacu perubahan selari dengan peredaran semasa.

Kunjungan ramai pelancong bantu jualan

McDonald’s Malaysia memperkena­lkan menu terbarunya iaitu Burger Korea Pedas yang diinspiras­ikan dari minat mendalam rakyat Malaysia terhadap apa saja perkara berkaitan negara itu.

Menu yang ditawarkan dalam tempoh terhad itu adalah produk pertama daripada rangkaian tiga burger dengan rasa istimewa daripada negara terpilih seluruh dunia yang akan diperkenal­kan pada tahun ini.

Pengarah Urusannya Azmir Jaafar berkata pengenalan menu itu adalah susulan daripada kejayaan burger edisi khas sebelum ini yang ditawarkan melalui kempen ‘Dicover the World’ pada tahun lalu.

“Kami harap pelanggan akan menikmati rasa kimchi Korea unik yang hanya boleh didapati dalam tempoh terhad,” katanya pada pelancaran menu Burger Korea Pedas, di sini, semalam.

Menu ini akan memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati rasa berapi-api dan sos Korea pedas, rasa kimchi pada daging lembu digril serta sayuran segar diapit antara ban panas istimewa.

Beliau berkata, pihaknya menerima sambutan hebat apabila memperkena­lkan Burger Rio, Burger Syok dan Hawaiian Deluxe melalui kempen terbabit tahun lalu kerana ia menampilka­n citarasa antarabang­sa yang digemari pelanggan McDonald’s.

Burger Korea Pedas ditawarkan di rangkaian restoran McDonald’s seluruh negara dari 25 Julai hingga 23 Ogos ini pada harga RM12.99 bagi hidangan ala carte dan RM15.99 bagi set saiz biasa terdiri daripada Burger Korea Pedas, kentang goreng Criss Cut dan Frozen Fanta.

 ??  ?? LOKE (kanan) pada sidang media APRCE 2017, semalam.
LOKE (kanan) pada sidang media APRCE 2017, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia