Harian Metro

Perkenal AMB GIT sempena ulang tahun ke-10

-

Kuala Lumpur: Amanah Mutual Berhad (AMB), anak syarikat milik penuh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), memperkena­lkan dana pendapatan tetap, Dana Amanah AMB Global (AMB GIT) sempena dengan ulang tahun ke-10 syarikat pengurusan unit amanah berkenaan.

Pengerusi PNB Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, sebagai syarikat pengurusan unit amanah, AMB telah membuktika­n komitmenny­a dalam pengurusan dana selama ini kepada pelanggan dan pelabur.

“Sepanjang 10 tahun yang lalu, AMB mencatat rekod prestasi kukuh dengan memberi pulangan konsisten dan memenuhi objektif pelabur.

“Malah, AMB

meraih pelbagai kecemerlan­gan termasuk 34 anugerah daripada agensi penyelidik­an dana antarabang­sa yang terkemuka hasil daripada prestasi cemerlang dana-dananya sejak 2008,” katanya pada majlis memperkena­l sambutan Ulang Tahun Ke-10 AMB serta pelancaran dana AMB GIT serta logonya, semalam.

Turut hadir Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Datuk Abdul Rahman Ahmad; Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, Mohammad Hussin dan Ketua Pegawai Eksekutif AMB, Sheila Halim.

AMB GIT ialah dana bon global tertutup kelas pelaburan dengan jangka hayat selama tiga tahun dan bermatlama­t untuk memberi pulangan melalui pembayaran pengagihan pendapatan tahunan selama dua tahun diikuti dengan pembayaran sekali gus pada tarikh matang dana iaitu pada 14 September 2020.

Sementara itu Sheila berkata, dana AMB GIT boleh dilanggan mulai 17 Julai 2017 dengan tempoh tawaran selama 45 hari sehingga 30 Ogos 2017.

 ??  ?? ABDUL Wahid (tiga dari kiri) pada pelancaran dana AMB GIT serta logonya, semalam.
ABDUL Wahid (tiga dari kiri) pada pelancaran dana AMB GIT serta logonya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia