Harian Metro

25 ISTERI, 145 ANAK

- Agensi

Seorang bekas ketua sebuah ajaran sesat dihukum penjara lima tahun selepas didapati bersalah berkahwin dengan 25 wanita dan mempunyai seramai 145 anak.

Winston Blackmore, 61, dituduh melanggar undang-undang poligami dengan berkahwin melebihi seorang wanita di satu komuniti kecil di Bountiful, British Columbia.

Tembelang Blackmore terbongkar selepas aktivitiny­a didedahkan oleh seorang bekas isterinya, Jane Blackmore yang turut menjadi saksi di mahkamah.

Jane memberitah­u mahkamah, Blackmore berkahwin dengan ramai wanita dengan alasan itu adalah arahan daripada tuhan.

CBCNews melaporkan, perbicaraa­n terhadap Blackmore berlangsun­g selama 12 hari di Mahkamah Agong British Columbia.

Bagaimanap­un, kes terhadap Blackmore sudah lama disiasat tetapi dia berjaya mengelak daripada didakwa di mahkamah.

Pada awal 1990-an, Blackmore dan seorang lagi pemimpin ajaran sesat itu, James Oler, 53, disiasat pihak berkuasa kerana mengamalka­n poligami.

Kedua-dua mereka dianggap sebagai nabi oleh pengikut ajaran sesat berkenaan.

Namun, mereka tidak didakwa kerana ketika itu wujud beberapa kekeliruan dan percanggah­an dalam undang-undang poligami di Kanada.

Kedua-dua mereka disiasat semula selepas sebuah mahkamah pada 2011 memutuskan mengharamk­an poligami tidak melanggar perlembaga­an dan tidak mencabuli kebebasan

Lelaki dihukum penjara selepas didapati bersalah langgar undang-undang poligami

beragama.

Oler yang mempunyai lima isteri kini menunggu keputusan perbicaraa­nnya.

Menurut dokumen mahkamah, Blackmore dituduh mempunyai hubungan suami isteri dengan 24 wanita antara 1990 hingga 2014.

Peguam Blackmore, Blair Suffredine berkata, lelaki itu merancang untuk mencabar Perlembaga­an Kanada berkaitan undang-undang poligami.

 ??  ?? BLACKMORE (kanan) bersama enam anak perempuann­ya dan dua cucunya. - Agensi
BLACKMORE (kanan) bersama enam anak perempuann­ya dan dua cucunya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia