Harian Metro

10 maut dilambung ombak

Feri bawa lebih 50 penumpang karam selepas 10 minit tinggalkan pelabuhan

-

Sekurang-kurangnya 10 orang termasuk seorang budak dan dua pelancong Jerman maut selepas feri dinaiki karam dilambung ombak berhampira­n pelabuhan Sungai Danau di Tarakan, Kalimantan Utara semalam.

Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) memberitah­u, seramai 40 penumpang diselamatk­an dan sebilangan lagi dipercayai masih hilang.

“Ketika ini kami hanya membuat anggaran bilangan penumpang feri ini kerana jumlah masih belum diketahui.

“Kemungkina­n feri ini membawa lebih muatan daripada yang ditetapkan. Kami kini menunggu sekiranya ada sesiapa yang membuat laporan kehilangan ahli keluarga mereka,” kata seorang jurucakap Basarnas.

Jurucakap jabatan perhubunga­n laut, Tonny Budiono berkata, penumpang yang maut terdiri daripada empat lelaki, lima wanita dan seorang kanak-kanak.

“Feri ini SB Rejeki Baru Kharisma yang dalam pelayaran dari Tarakan menuju ke Pelabuhan Tanjung Selor terbalik pada jam 9.50 pagi (waktu tempatan).

“Feri ini terbalik dan tenggelam kira-kira 10 minit selepas meninggalk­an pelabuhan dipercayai akibat dilambung ombak besar,” katanya.

Beberapa saksi melihat penumpang feri yang tidak memakai jaket keselamata­n terjun ke dalam laut ketika feri itu mula karam.

“Feri itu tiba-tiba bergoyang dan terus terbalik apabila dilanda ombak menyebabka­n ramai terperangk­ap di dalamnya,” kata saksi.

Seorang pegawai Basarnas, Octavianto berkata, kejadian itu bukan berpunca akibat cuaca buruk kerana keadaan laut ketika itu dilaporkan tenang.

“Ketika kejadian pelabuhan itu sibuk dengan kapal dan kemungkina­n feri berkenaan dilambung ombak daripada kapal yang lebih besar,” jelasnya.

Kejadian feri atau bot karam sering berlaku di Indonesia ekoran kurangnya tahap keselamata­n dan sering membawa lebih muatan.

Kejadian bukan disebabkan cuaca buruk kerana laut tenang ketika nahas

 ??  ?? ANGGOTA penyelamat mencari mangsa yang dipercayai masih terperangk­ap di dalam feri karam di Tarakan di Kalimantan Utara semalam. - AFP
ANGGOTA penyelamat mencari mangsa yang dipercayai masih terperangk­ap di dalam feri karam di Tarakan di Kalimantan Utara semalam. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia