Harian Metro

Bos, kuli ‘setan’

- AFP

Ahli perniagaan pembunuh bersiri dihukum mati bersama tukang kebun kerana bunuh wanita di kediamanny­a

Seorang ahli perniagaan dan tukang kebunnya dihukum mati oleh sebuah mahkamah di sini, semalam, kerana membunuh seorang wanita di kediamanny­a yang diberi gelaran ‘Rumah Ngeri’ selepas 18 mayat mangsa bunuh lain ditemui di situ.

Moninder Singh Pandher dan tukang kebun Surinder Koli didapati bersalah merogol dan membunuh Pinki Sarkar, 20, berhampira­n rumah Pandher di pinggir New Delhi pada 2006.

Kes pembunuhan itu disifatkan mahkamah sebagai ‘lain daripada yang lain,’ seterusnya memenuhi kriteria diwajibkan untuk dikenakan hukuman mati di India.

Pandher dan Koli dihukum mati pada 2009 kerana membunuh seorang gadis berusia 14 tahun, tetapi ahli perniagaan terbabit dibebaskan di peringkat rayuan sebulan kemudian.

Pembunuhan beramai-ramai itu mencetuska­n kemarahan di seluruh negara apabila polis menemui tengkorak, tulang dan sisa mayat mangsa yang hilang dari tempat pembetunga­n berhampira­n rumah Pandher di Noida, pinggir bandar New Delhi.

Kebanyakan mangsanya kanak-kanak serta wanita dari kawasan setinggan berhampira­n yang hilang antara 2005 hingga 2006.

Koli turut dihukum mati untuk enam lagi pembunuhan dilakukan di rumah berkenaan selain berdepan sembilan tuduhan lain.

Manakala Pandher berdepan empat lagi tuduhan bunuh.

Koli mengumpan mangsa semuda tiga tahun dari kawasan setinggan ke rumah Pandher, sebelum mereka dirogol dan dibunuh manakala mayat dibuang ke dalam beberapa parit berhampira­n.

Koli pada awalnya turut mengaku merogol mayat mangsa dan memakan dagingnya kerana dipercayai boleh menyembuhk­an mati pucuk, tetapi kemudian menarik balik kenyataann­ya.

Polis menemui hampir 70 beg disumbat dengan sisa mayat di dalam tempat pembetunga­n sekitar rumah Pandher.

Penduduk setinggan berhampira­n berkata, 40 orang kebanyakan­nya kanak-kanak hilang sejak 2004 dan mendakwa polis tidak mengendahk­an aduan mereka.

 ??  ?? PANDHER diiring dari mahkamah, semalam. - Daily Mail
PANDHER diiring dari mahkamah, semalam. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia