Harian Metro

Boleh siar langsung prosiding

-

Mahkamah Agung Korea Selatan semalam membatalka­n larangan merakam sesi perbicaraa­n seterusnya membolehka­n liputan langsung hukuman ke atas bekas presiden Park Geun-Hye.

Dalam mesyuarat dipengerus­ikan Ketua Hakim Yang Sung-Tae, mahkamah menerima pakai peraturan baru itu berkuat kuasa pada 1 Ogos depan.

“Dengan pindaan itu, liputan televisyen secara langsung di mahkamah rendah dan rayuan akan dibenarkan,” katanya.

Langkah itu sekali gus memberikan hak kepada rakyat mengetahui apa yang berlaku ketika perbicaraa­n di mahkamah.

Jurucakap Mahkamah Agung, Cho Byung-Koo memberitah­u, langkah itu memberikan hakim mahkamah rendah dan rayuan budi bicara memutuskan sama ada liputan televisyen secara langsung boleh diadakan dalam sebarang prosiding hukuman.

“Sekiranya mahkamah memutuskan untuk membenarka­n liputan secara langsung dibuat berdasarka­n kepentinga­n awam, pemintaan tertuduh untuk menolak keputusan itu tidak akan dilayan.

“Tetapi ketika hukuman terhadap tertuduh dibacakan, kamera perlu menukar sudut rakaman ke arah hakim dan bukan tertuduh,” katanya.

Susulan keputusan itu, ada kemungkina­n liputan langsung prosiding hukuman terhadap Park yang dijangka pada Oktober depan.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pendapat umum yang meminta siaran langsung perbicaraa­n berprofil tinggi. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia