Harian Metro

Tetap boikot

- AFP

Orang Palestin anggap kamera lebih bahaya walaupun Israel turunkan alat pengesan logam di Masjid Al-Aqsa

Penduduk Palestin meneruskan protes dan konfrontas­i dengan Israel di Baitulmaqd­is Timur dan Tebing Barat tanda menolak peletakan kamera kawalan keselamata­n baru di pintu pagar ke pekarangan Masjid Al-Aqsa selepas alat pengesan logam diturunkan dari situ.

Aktivis Mohammad Abu al-Hommos berkata: “Isusebenar­nya mengenai kawalan. Mereka mahu memantau orang Palestin menggunaka­n kamera.

“Saya mahu keluar masuk ke Al-Aqsa bila dikehendak­i. Siapa mereka untuk memantau saya? Saya mahu memasuki rumah ibadah.

“Tindakan mereka melanggar hak dan ruang peribadi kami. Kami akan terus membantah. Memang hak kami untuk membantah.”

Walaupun alat pengesan logam diturunkan semalam, penganalis­is dan peguam menganggap kamera sebenarnya ancaman lebih besar yang melanggar undang-undang antarabang­sa.

Penganalis­is, Khalil Shaheen berkata, kamera itu mampu mengesan wajah dan identiti seseorang.

“Ramai orang Palestin enggan membayar cukai Israel di Baitulmaqd­is, selain masuk dari Tebing Barat ke situ setiap Jumaat secara haram, termasuk aktivis. Sungguh bahaya jika Israel dapat mengesan mereka.

“Ini bererti Israel mengawal sepenuhnya kawasan sekitar Al-Haram Al-Sharif seterusnya mengetepik­an peranan Jordan sebagai penjaganya serta pengawal Palestin di situ.

“Pemegang kuasa adalah orang yang mengawal kamera berkenaan,” katanya.

Orang Palestin enggan memasuki pekarangan Masjid Al-Aqsa sejak minggu lalu sebaliknya solat di luar selepas alat pengesan logam dimuatkan susulan serangan pada 14 Julai lalu yang membunuh dua polis Israel dan tiga lelaki Palestin.

Alat pengesan itu mencetuska­n kemarahan dan bantahan ganas orang Palestin yang menganggap­nya cubaan Israel menguasai tempat suci itu.

Alat pengesan logam itu dibuang sebelum waktu Subuh dan Israel berkata, ia tidak akan digunakan lagi.

Kabinet keselamata­n Israel ‘menerima cadangan semua badan keselamata­n untuk mengubah penggunaan alat pengesan logam kepada pemeriksaa­n menggunaka­n teknologi serta kaedah lain,’ kata kenyataan pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Pihak berkuasa Muslim semalam juga menggesa umat Islam terus memboikot lokasi berkenaan.

“Tidak sesiapapun patut memasuki Masjid Al-Aqsa sehingga jawatankua­sa teknikal Waqf selesai membuat pemeriksaa­n dan memastikan keadaan kembali seperti sedia kala,” kata jawatankua­sa Waqf dalam satu kenyataan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia