Harian Metro

Arab Saudi dedah senarai hitam pengganas

-

Riyadh: Arab Saudi dan sekutunya mendedahka­n ‘senarai hitam pengganas’ membabitka­n 18 organisasi serta individu didakwa ada kaitan dengan kumpulan pelampau yang mempunyai pertalian dengan Qatar.

Tindakan empat kerajaan Arab itu dibuat walaupun dunia mendesak mereka berkomprom­i dalam boikot terhadap rakan Teluk mereka itu.

Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE, Bahrain dan Mesir menyenarai­hitamkan sembilan organisasi media serta kebajikan, dan sembilan individu yang ‘sama ada secara langsung atau sebaliknya terkait dengan pihak berkuasa Qatar’ sebagai ‘pengganas’ kata satu kenyataan bersama disiarkan Saudi Press Agency.

“Qatar digesa mengambil langkah seterusnya mendakwa kumpulan serta orang dikaitkan sebagai pengganas itu,” kata kenyataan berkenaan.

Empat kerajaan berkenaan memboikot Qatar sejak 5 Jun lalu dalam krisis diplomatik paling buruk di rantau itu sejak beberapa tahun lalu.

Satu-satunya sempadan darat negara itu ditutup manakala rakyatnya diusir dan ruang udara serta laut ditutup kepada pesawat dan kapal Qatar.

Qatar turut digesa memutuskan pertaliann­ya dengan Ikhwanul Muslimin - disenaraik­an sebagai organisasi pengganas oleh empat kerajaan berkenaan, tetapi bukan di peringkat antarabang­sa.

Qatar menafikan semua dakwaan terhadapny­a yang disifatkan mencabar kedaulatan­nya. - AFP

 ??  ?? KANAK-KANAK
menunggu mendapat rawatan selepas cedera dalam serangan udara di Arbin walaupun kerajaan mengumumka­n gencatan senjata tiga hari lalu. - AFP
KANAK-KANAK menunggu mendapat rawatan selepas cedera dalam serangan udara di Arbin walaupun kerajaan mengumumka­n gencatan senjata tiga hari lalu. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia