Harian Metro

SASARAN REALISTIK

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar tidak mempunyai masalah walaupun Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM) hanya menjanjika­n dua emas di Sukan SEA bulan depan.

Khairy melihat sasaran berkenaan sebagai realistik walaupun sepak takraw menawarkan lapan emas selain empat emas menerusi chinlone pada temasya dwitahunan itu.

“Saya yakin sepak takraw tidak akan menghampak­an. Ia sasaran realistik,” kata Khairy selepas melancarka­n Liga Sepak Takraw (STL) yang memasuki tahun keempat.

Pada Sukan SEA bulan depan, Malaysia dilihat berpeluang cerah mempertaha­nkan emas antara regu lelaki apabila musuh tradisi Thailand tidak akan mengambil bahagian dan hanya ditentang Brunei, Kemboja, Filipina dan Laos.

Bagi acara chinlone (linking), skuad negara bukan saja diramalkan menyumbang­kan emas apabila hanya Brunei dan Filipina tampil mencabar. Malah acara itu juga diramal menyumbang­kan emas pertama kontinjen negara.

“Kita perlu mengambil satu langkah pada satu masa. Kita tidak boleh mengharapk­an untuk terus sampai ke tahap disasarkan,” katanya.

Tambah Khairy, Sukan Asia di Indonesia tahun depan akan menjadi ujian sebenar skuad sepak takraw negara dengan kehadiran Thailand.

Sementara itu STL 2017 yang bermula September terus berkembang di peringkat

 Khairy tiada masalah PSM hanya janji dua emas pada temasya Sukan SEA bulan depan

antarabang­sa apabila memperkena­lkan kategori STL Champions Cup yang bakal menjemput pasukan Thailand, Korea Selatan dan Indonesia.

 ??  ??
 ?? Khairy Jamaluddin Abu Bakar ?? Saya yakin sepak takraw tidak akan menghampak­an”
Khairy Jamaluddin Abu Bakar Saya yakin sepak takraw tidak akan menghampak­an”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia