Harian Metro

Stephen optimis hoki terpilih ke Program Podium

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih skuad hoki lelaki negara Stephen Van Huizen menaruh harapan pasukannya akan diserapkan ke dalam Program Podium.

Jelas Stephen, jika itu menjadi kenyataan, banyak manfaat yang akan diperoleh Malaysian Tigers terutama membabitka­n sokongan sains sukan.

“Saya tidak katakan di bawah Program Kita juara ketika ini kita kekurangan sokongan. Tapi jika berada di bawah Program Podium mungkin sokongan itu lebih baik.

“Yang saya mahu tekankan di sini adalah jika terpilih ke Program Podium, kemungkina­n besar ada nilai tambah lebih baik untuk skuad negara,” katanya yang membawa pasukannya layak secara merit ke Piala Dunia 2018 di Bhubaneswa­r menerusi kempen kelayakan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London bulan lalu.

Stephen bagaimanap­un berkata, pihaknya menghormat­i kriteria ditetapkan untuk diserapkan ke program itu yang hanya membabitka­n atlet terpilih.

“Saya faham ISN (Institut Sukan Negara) mempunyai kriteria mereka.

“Apapun, jika berasakan kami layak untuk diserapkan ke dalam program itu, pasti mereka akan menimbangk­annya. “Bagi saya yang penting sekarang adalah fokus untuk memenangi pingat Sukan SEA sebab ia mungkin sebahagian daripada kriteria untuk ke Program Podium,” katanya.

Pengerusi ISN Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi dalam laporan akhbar sebelum ini menyatakan peluang hoki lelaki untuk disenaraik­an dalam Program Podium bergantung kepada prestasi dipamerkan di di Bhubaneswa­r.

Namun Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi kenyataann­ya meminta jawatankua­sa penilaian Program Podium mempertimb­angkan untuk hoki lelaki disenaraik­an ke dalam program itu selepas berakhir Sukan SEA nanti.

 ??  ?? STEPHEN (tengah) akui banyak manfaat diterima pasukan jika diserap ke Program Podium.
STEPHEN (tengah) akui banyak manfaat diterima pasukan jika diserap ke Program Podium.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia