Harian Metro

Acara trek lubuk emas

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 Skuad berbasikal yakin capai sasaran

Skuad berbasikal negara optimis mampu muncul penyumbang terbesar kepada kontinjen negara dengan 13 emas.

Sasaran diletakkan kepada barisan pelumba negara dalam acara trek perlu merealisas­ikan 11 emas dan lebuh raya perlu meraih dua emas.

“Saya yakin sasaran ini mampu dipenuhi pelumba negara. Saya melihat dan memantau perkembang­an mereka yang menyertai latihan di Melbourne dan kejohanan di luar negara. Acara Basikal Sukan SEA 2017 di Velodrom Nasional Malaysia minggu lalu.

“Hampir 60 peratus laluan sebenar acara lepas beramai-ramai elit lelaki dan wanita menggunaka­n laluan kejohanan PraSukan Sea 2017 yang diadakan Mei lalu,” kata yang juga Presiden Persatuan Berbasikal Asean (ACA).

Abu Samah menegaskan kini terpulang kepada barisan pelumba negara untuk mengulangi pencapaian 2001 yang menyaksika­n Malaysia mendominas­i tempat pertama sehingga tempat kelima.

“Sekiranya menang emas, ia bermakna kita mempertaha­nkan pingat dimenangi di Sukan SEA 2015 di Singapura, selain mengembali­kan nostalgia 2001.

“Sejak Sukan SEA 1995 Chiang Mai sehingga Sukan SEA 2005, kita dianggap kuasa besar dalam acara lepas beramai-ramai. Bagaimanap­un, kita kecundang pada Sukan SEA 2007, 2009, 2011 dan 2013.

“Namun, kita menang semula pada Sukan SEA 2015. Jadi kita perlu konsisten,” katanya.

“Terdapat keputusan positif dalam kejohanan yang mereka sertai. Ia menguatkan keyakinan kita terhadap mereka,” jelas pengurus negara Omar Saad.

Skuad berbasikal negara menjalani latihan di Melbourne sejak bulan lalu sebagai persiapan akhir menghadapi Sukan SEA bulan depan.

Malaysia menyenarai­kan barisan pelumba terkuat diketuai juara keirin dunia Azizulhasn­i Awang serta beberapa nama besar lain.

“Namun, bukan saja pelumba yang mempunyai nama besar, kita turut mengharapk­an beberapa pelumba lain yng sudah diberikan pendedahan mampu melakar kejutan dan membawa kejayaan untuk negara.

“Jadi, sekiranya mampu mengatasi sasaran 13 emas, ia adalah sesuatu yang amat dinantikan terutama dengan hasrat kita untuk membantu kontinjen negara muncul juara keseluruha­n di tempat sendiri,” tambahnya.

 ??  ?? HARRIF AZIZUL sandaran emas negara.
HARRIF AZIZUL sandaran emas negara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia