Harian Metro

RIMAU mula dijual

-

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) dan Telekom Malaysia Berhad (TM) melancarka­n barangan rasmi edisi terhad sempena Sukan SEA dan Sukan Para Asean Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang disempurna­kan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Barangan rasmi edisi terhad dilancarka­n itu termasuk ‘RIMAU’ yang menjadi maskot temasya, botol air, jersi, kipas bateri, payung, tisu basah serta magnet yang kini boleh dibeli di lebih 300 stesen minyak PETRONAS seluruh negara.

Berucap di majlis pelancaran­nya, Khairy berkata: “Kementeria­n berusaha keras untuk memastikan KL2017 menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Kami berpuas hati serta amat menghargai peranan PDB dan TM dalam menjadikan temasya KL2017 lebih menarik menerusi barangan rasmi yang dikeluarka­n secara terhad ini.”

Sempena KL2017, PDB turut memperkena­lkan Kad Mesra edisi khas KL2017 selain Kad Hadiah PETRONAS dan kad Touch ‘n Go. Semua barangan berkenaan turut boleh didapati di stesen seluruh negara mulai sekarang hingga 31 Disember 2017.

Melalui Kad Mesra KL2017, pelanggan akan memperoleh mata PETRONAS Mesra tiga kali ganda atas pembelian Primax 95 dan 97 sepanjang

 PDB, TM lancar barangan rasmi edisi terhad KL2017

22 Julai hingga 14 Oktober 2017.

Bercakap mengenai kerjasama berkenaan, Pengarah Urusan PDB yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Ibrahimnud­din Mohd Yunus berkata: “Kami berbangga kerana dapat terbabit mempromosi­kan KL2017 dan bekerjasam­a dengan TM untuk melancarka­n barangan rasmi edisi terhad di stesen kami.

“Kami harap rakyat Malaysia akan turut berkongsi kebanggaan dengan memiliki barangan berkenaan dalam usaha membuktika­n sokongan masing-masing terhadap temasya sukan terbesar rantau ASEAN ini.”

Berkongsi pendapat, Naib Presiden Eksekutif TM Consumer dan SME Imri Mokhtar berkata: “TM berbangga dapat bekerjasam­a dengan PDB menerusi jualan di Kedai Mesra PETRONAS. Menerusi kerjasama ini, jersi Team Malaysia lebih mudah dibeli semua lapisan masyarakat dan peminat sukan seluruh negara.”

Team Malaysia yang menjadi Penyokong Rasmi Atlet Kebangsaan turut memperkena­lkan barangan rasmi edisi terhad sempena KL2017 seperti beg, payung, botol air dan RIMAU.

TM menerusi Team Malaysia sentiasa komited untuk menyatukan rakyat Malaysia dan bersama-sama menyokong atlet kebangsaan.

PETRONAS dan TM adalah penaja utama KL2017 dengan PETRONAS turut menjadi rakan minyak rasmi sekali gus membekalka­n bahan api itu kepada 300 kenderaan rasmi yang akan digunakan atlet serta pegawai sepanjang temasya itu nanti.

Temasya Sukan SEA ke-29 akan berlangsun­g pada 19 hingga 30 Ogos manakala Sukan Para ASEAN ke-9, 17 hingga 23 September.

Kedua-dua temasya itu akan diadakan di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Langkawi dan Terengganu.

Untuk maklumat lanjut mengenai barangan rasmi edisi terhad KL2017, peminat boleh melayari laman web www.mymesra.com.my dan www.teammalays­ia.my.

 ??  ?? KHAIRY (empat kanan) ketika majlis pelancaran semalam.
KHAIRY (empat kanan) ketika majlis pelancaran semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia