Harian Metro

Kasma akui perlu tuntut ilmu lagi

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelumba PETRONAS Sprinta Racing Kasma Daniel Kasmayudin

mengakui masih banyak yang perlu dipelajari di sebalik kejayaan meraih mata sulung pada Kejuaraan Motosikal Remaja Dunia CEV Repsol, di Litar Estoril, Ahad lalu.

Kasma yang bermula di petak ke-28, menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-10 pada pusingan kelima itu sekali gus meraih enam mata berharga.

Jelas pelumba Program Pembanguna­n Bakat PETRONAS itu, kejayaan Ahad lalu hanya permulaan dan dia berharap dapat meraih penamat lebih baik selepas ini.

“Memang banyak yang perlu saya pelajari kerana hampir kebanyakan pelumba yang beraksi di saingan ini lebih berpengala­man.

“Apapun perlumbaan di sini sangat baik untuk saya kerana dapat mengawal jentera mengikut kemampuan saya. Sudah pasti saya akan terus bekerja keras pada perlumbaan seterusnya,” katanya.

Kasma sememangny­a antara bakat masa depan untuk

(gambar)

mengikuti jejak langkah seperti Hafizh Syahrin Abdullah yang kini beraksi di Moto2 di Kejohanan Motosikal Dunia untuk musim keempat.

Kejayaan Kasma itu hadir selepas dia meraih kemenangan dalam kelas CP150 di Pusingan 5 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Serdang, minggu lalu.

Sementara itu, koordinato­r pasukan Razmin Masli Abdul Razak berkata, beliau percaya Kasma mampu meraih keputusan lebih baik selepas ini.

“Pusingan

seterusnya akan berlangsun­g pada September dan menjelang tempoh itu kita akan melihat sesi latihan yang sesuai untuk Kasma bagi membolehka­nnya lebih bersedia di Jerez,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia