Harian Metro

Djoko rehat 12 minggu?

- Reuters

 Bintang Serbia belum pasti sertai Terbuka AS akibat kecederaan siku

Bekas pemain nombor satu dunia Novak Djokovic diragui penyertaan­nya pada Terbuka Amerika Syarikat (AS) kerana kecederaan siku, lapor media Serbia yang memetik doktor pasukan Piala Davis negara itu.

Djokovic tidak meneruskan perlawanan kerana cedera pada suku akhir Wimbledon dan menyatakan dia menimbang untuk berehat seketika bagi memulihkan diri daripada kecederaan siku kanan yang berpanjang­an.

Akhbar Serbia, Sportski Zurnal melaporkan pemain berusia 30 tahun itu mungkin terpaksa berehat hingga 12 minggu.

“Dia mempunyai tulang yang lebam kerana bermain berlebihan,” ia memetik doktor pasukan Zdenko Milinkovic.

Juara 12 Grand Slam itu menang Terbuka AS pada 2011 dan 2015.

Kejohanan tahun ini bermula pada 28 Ogos depan.

Akhbar Britain, The Times menyatakan Djokovic akan memutuskan mengenai jadual pertanding­annya dalam tempoh 24 jam akan datang

(gambar)

dan pengumuman mengenainy­a akan dibuat pada satu sidang akhbar di Belgrade minggu ini.

“Kami melakukan beberapa pemeriksaa­n berbeza dan mendapatka­n pandangan daripada lebih seorang doktor,” The Times memetik seorang jurucakap pemain itu.

Djokovic tampil dalam 51 kejohanan Grand Slam berturut-turut sejak membuat penampilan sulung pada Terbuka Australia 2005.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia