Harian Metro

Cassano umum persaraan kali kedua, mahu tumpu keluarga

-

Milan: Antonio Cassano

seorang daripada pemain paling berbakat, serba boleh dan penuh kontrovers­i, mengumumka­n persaraann­ya buat kali kedua dalam tempoh kurang seminggu, kelmarin.

Pemain berusia 35 tahun itu, yang mana kariernya diselubung­i dengan sejarah disiplin dan masalah berat badan, menyertai kelab pendatang baru Verona dua minggu lalu kemudian menyatakan minggu lalu dia akan menamatkan kariernya sebelum menarik balik kenyataan itu beberapa

(gambar),

jam kemudian.

Kelmarin, dia sekali lagi menyatakan akan bersara, mengumumka­n keputusan itu dalam Twitter milik isterinya Carolina Marcialis (@chriscarol­99).

“Antonio Cassano tidak akan bermain bola sepak lagi,” menurut kenyataan itu.

“Saya memohon maaf kepada bandaraya Verona, semua penyokong, presiden Maurizio Setti, pengarah sukan Filippo Fusco, jurulatih Fabio Pecchia, rakan sepasukan dan staf perubatan serta teknikal.

“Buat ketika ini, saya fikir keutamaan saya adalah bersama anak-anak dan isteri.”

Cassano sebelum ini beraksi di Sampdoria, yang mana dia bersetuju menamatkan kontraknya Januari lalu selepas kerap tidak diturunkan.

Dianugerah dengan kemahiran individu memukau, sentuhan pantas dan keupayaan untuk mengeliruk­an pemain mengekorin­ya, bakat Cassano tidak pernah dipersoalk­an, sekalipun dia dibebani dengan jangkaan tidak realistik sebagai pemain muda. - Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia