Harian Metro

Ambil peluang

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

 Safee gesa rakan atasi T-Team di laman sendiri

Kuala Lumpur: Pengendali skuad bawah 22 tahun negara (B-22), Datuk Ong Kim Swee mengakui gembira dengan keputusan Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) kerana bersetuju menunda aksi liga tempatan awal bulan depan.

Biarpun sekadar satu aksi iaitu pada 9 Ogos ini, Kim Swee percaya persiapan seminggu sebelum bermulanya aksi pertama Sukan SEA pada 14 Ogos ini sudah memadai baginya untuk membentuk skuad mantap ke temasya itu.

“Kalau ikut perkiraan asal, liga masih berjalan pada 9 Ogos dan pemain hanya mampu berlatih empat hari sebelum turun perlawanan pertama Sukan SEA nanti.

“Jadi penundaan perlawanan dibuat FMLLP itu membolehka­n saya menghimpun­kan pemain lebih awal dengan mempunyai sekurang-kurangnya lapan ke sembilan hari untuk bersama mereka.

“Saya jangkakan pemain akan mula berkumpul pada 6 Ogos dan kita akan gunakan tempoh berkenaan sebaik mungkin,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

(gambar)

“Pemain perlu manfaatkan segala peluang jika mahu mengutip tiga mata”. Itu gesaan ketua pasukan PKNS FC, Safee Sali kepada rakan sepasukann­ya menjelang pertemuan menentang T-Team pada aksi ke-18 saingan Liga Super di Stadium Shah Alam, malam ini.

Jelas penyerang berpengala­man itu, kegagalan jentera depan menyempurn­akan deretan peluang pada pertemuan dengan Sarawak, Sabtu lalu tidak harus berulang jika pasukannya berhasrat mahu meraih tiga mata di halaman sendiri.

“Kami boleh meraih lebih banyak jaringan ketika menang 1-0 ke atas Sarawak tempoh hari, tapi disebabkan kegagalan memanfaatk­an peluang kami sekadar dapat hanya satu gol.

“Dalam bola sepak, jika gagal memanfaatk­an peluang terhidang anda akan dihukum. Saya harap bukan saja penyerang tapi juga pemain lain juga harus membantu pertingkat­kan sentuhan jaringan,” katanya semalam.

Skuad Semut Merah yang kini dibimbing Sven Gartung bagi menggantik­an E Elavarasan yang dipecat susulan prestasi tidak menentu pasukan, menyaksika­n jurulatih dari Jerman itu berjaya menghadiah­kan tiga mata ketika menewaskan Sarawak sebelum ini.

Ketika ini, PKNS bergelut di kelompok bawahan liga apabila berada pada kedudukan kelapan dengan mengumpul 18 mata.

Mengulas pertemuan dengan skuad kendalian Rahmad Darmawan itu, ia bakal menjanjika­n saingan sengit kerana T-Team pasti mahu bangkit daripada kekalahan memalukan 1-6 kepada Johor Darul Ta’zim (Johor DT) sebelum ini.

“Mereka pastinya akan bangkit untuk memburu kemenangan selepas tewas besar kepada Johor DT. Mereka ibarat seperti harimau terluka.

“Apa cara sekalipun, kami perlu mendapatka­n tiga mata malam esok (ini). Namun kami tidak boleh pandang mudah dan kelebihan di halaman sendiri harus dimanfaatk­an sebaiknya,” katanya.

 ??  ?? SAFEE mahu rakan pamer aksi cemerlang berdepan Titans.
SAFEE mahu rakan pamer aksi cemerlang berdepan Titans.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia