Harian Metro

Titans enggan tercicir mata

-

Kuala Terengganu: Luka akibat dibelasah Johor Darul Ta’zim (Johor DT) di laman sendiri Sabtu lalu masih berbekas dan pemain T-Team berazam bangkit dengan mengalahka­n PKNS di Stadium Shah Alam, malam ini.

Kapten T-Team Mohd Hasbullah Awang berkata, kekalahan besar dua kali berturut-turut dalam saingan liga kepada Johor DT (1-6) Sabtu lalu dan FELDA United (1-5) sebelum itu banyak memberi pengajaran untuk memperbaik­i corak permainan.

“Biarpun masih belum dapat dilupakan, saya mengajak rakan sepasukan tidak memikirkan kekalahan itu sebaliknya perlu lebih fokus untuk mengutip tiga mata bertemu PKNS.

“Kami tidak boleh tercicir mata lagi kerana dengan baki lima perlawanan, kedudukan The Titans di tempat ketujuh liga masih belum selamat kerana perbezaan mata tidak berapa jauh termasuk hanya beza satu mata dengan PKNS.

“Justeru, kami sudah bertekad memperaga aksi terbaik

(gambar)

untuk mencatat kemenangan bertemu PKNS malam ini bagi menjarakka­n kedudukan mata untuk terus selesa berada dalam saingan Liga Super,” kata Hasbullah.

Kapten berusia 34 tahun itu berkata, kehadiran semula pertahanan import dari Mali Abdoulaye Youssouf Maiga menambahka­n keyakinan mereka untuk beraksi lebih baik.

Sementara itu, jurulatih Rahmad Darmawan lega apabila Maiga sudah kembali selepas digantung satu perlawanan.

“Kita sasarkan kemenangan untuk kukuhkan kedudukan liga dan harap pemain mampu bangkit,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia