Harian Metro

Liridon tekad bantu Lang Merah benam TRW

- Izzali Ismail sukan@hmetro.com.my

Alor Setar: Pemain import Kedah Liridon Krasniqi

bertekad bangkit memburu kemenangan ke atas Kelantan dalam aksi Liga Super ke-18 di Stadium Darul Aman malam ini.

Dia jelas kecewa meskipun menjaringk­an satu gol dalam perlawanan bertemu Kelan-

(gambar)

tan pada 18 Julai lalu, namun sumbangann­ya gagal membantu skuadnya yang tumpas 1-3 di Kota Bharu.

“Saya mengharapk­an kemenangan kali ini dan mahu mengubat kekecewaan tewas pada aksi Piala Malaysia di Kota Bharu.

“Ini kerana walaupun menjaringk­an satu gol, kami pulang hampa dan kehilangan mata.

“Saya bersama rakan sepasukan turut terkesan dengan kekalahan itu dan kami mahu bangkit memburu kemenangan di Darul Aman esok (hari ini),” katanya.

Dalam pada itu, Liridon berkata, walaupun Johor Darul Ta’zim jauh meninggalk­an Kedah dengan 11 mata namun kedudukan di tangga kedua masih boleh disaingi.

“Kami akan pastikan tidak melakukan kesilapan mudah yang boleh merugikan pasukan dan teruskan fokus untuk memburu tiga mata.

“Kami perlu tingkatkan kecergasan dan kekal konsisten walaupun menghadapi rintangan jadual padat bulan ini dengan lima pemain muda yang sebelum ini beraksi untuk skuad Malaysia.

“Kesempatan beraksi di laman sendiri akan dimanfaatk­an sebaik mungkin kali ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia