Harian Metro

Kelantan buru gol awal

-

Kota Bharu: Kelantan perlu mencari gol awal ketika bertemu Kedah di Stadium Darul Aman malam ini, kata ketua jurulatih Zahasmi Ismail.

Beliau berkata ini penting supaya skuad The Red Warriors kekal bersemanga­t mengharung­i 90 minit perlawanan kerana Kedah antara pasukan terkuat dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) ketika ini.

“Kedah bukan lawan mudah dan pemain kita perlu berwaspada dengan kekuatan mereka. Justeru, saya menuntut jentera serangan supaya mempertaja­mkan penyudah bagi meraih gol awal.

“Saya akui Kelantan berdepan dengan jentera serangan tumpul ketika ini, namun saya yakin dengan taktikal baru diterapkan, ia bakal merubah keseluruha­n perlawanan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Zahasmi berkata, beliau akan mempertaru­hkan barisan pemain terkuat untuk berdepan pasukan Lang Merah walaupun Kelantan kehilangan beberapa pemain tonggak akibat kecederaan.

Beliau berkata kehilangan kapten pasukan Mohd Badhri Radzi dan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat mungkin memberi kesan, namun dalam masa sama beliau yakin Kelantan mampu mempamerka­n aksi cemerlang.

“Walaupun kami kehilangan dua tonggak ketika ini, namun saya gembira moral pemain lain berada pada tahap terbaik,” katanya.

Kelantan kini berada pada kedudukan kesembilan Liga Super dengan 17 mata selepas mengharung­i 17 perlawanan hasil daripada enam kemenangan, dua seri dan sembilan kekalahan. - BERNAMA

 ??  ?? WAN Zack (kiri) digantung satu perlawanan.
WAN Zack (kiri) digantung satu perlawanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia