Harian Metro

Taktikal FELDA terganggu

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

Hilang khidmat Mat Yo, Wan Zack dan Shukor buat Sathianath­an resah

Percaturan FELDA United untuk mengutip tiga mata ketika bertemu Selangor pada perlawanan Liga Super di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, hari ini sedikit terganggu apabila terpaksa beraksi tanpa Wan Zack Haikal Wan Nor dan Norshahrul Idlan Talaha.

Malah, kapten Shukor Adan juga belum pasti berada dalam kesebelasa­n utama dan keadaan itu sedikit sebanyak meresahkan jurulatih B Sathia- nathan yang mengimpika­n untuk mengatasi Selangor.

“Jika FELDA masih berhajat menduduki sekurang-kurangnya tempat keempat liga, maka kami perlu mengalahka­n Selangor, esok (hari ini).

“Ini bagi memastikan kami tidak tercicir jauh terutama selepas kalah kepada Perak, Sabtu lalu yang menyebabka­n kami jatuh dari tangga keempat ke keenam liga.

Begitupun, Sathia mengaku misi memungut tiga mata malam ini bukan tugas mudah kerana Selangor sedang berada pada prestasi terbaik apabila kini menduduki tangga keempat liga dengan 27 mata, satu mata mengatasi FELDA.

“Selangor tidak pernah kalah sama ada dalam liga mahupun Piala Malaysia sejak pertanding­an bersambung awal Julai lalu. Ini jelas membuktika­n kemampuan mereka.

“Mat Yo (Norshahrul) dilanda kecederaan manakal Wan Zack pula digantung satu perlawanan selepas mengumpul tiga kad kuning.

“Shukor juga cedera. Walaupun tidak serius, sedikit sebanyak tetap mengganggu rentak permainann­ya ditambah pula faktor keletihan kerana jadual padat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia