Harian Metro

Pertaruh single Sudah Ku Tahu 2

- DARI MUKA 1

“Dari segi jumlah tontonan di YouTube, lagu Aisyah berjaya memperoleh lebih 11 juta tontonan dalam tempoh dua bulan.

“Walaupun Sudah Ku Tahu sangat popular, jumlah tontonan video muzik di YouTube mengambil masa agak lama untuk mencapai 22 juta tontonan,” katanya.

Walaupun kini fokus mempromosi­kan lagu Aisyah, Razif berkata, Projector Band sudah merancang mengeluark­an single keempat berjudul Sudah Ku Tahu 2 awal tahun depan.

“Pendengar tidak akan keliru dengan single ini kerana akan memasukkan tajuk lain dalam lirik.

“Melodi akan hampir sama dengan single pertama, rakaman sudah selesai hanya tunggu untuk pelancaran.

“Kami berharap single itu dapat memperoleh sambutan hangat seperti Sudah Ku Tahu,” katanya.

Tidak keluar karya baru selepas single keempat

Selepas memperkena­lkan lagu Sudah Ku Tahu 2 nanti, Razif berkata, mereka merancang untuk tidak mengeluark­an karya baru kerana bimbang pendengar akan muak.

“Risau juga pendengar menjadi jemu kalau kami mengeluark­an terlalu banyak lagu. Namun, bergantung pada sambutan pendengar terhadap Sudah Ku Tahu 2,” katanya.

Katanya, terdapat juga perancanga­n untuk mengeluark­an album mini yang akan menghimpun­kan single sedia ada dan beberapa karya baru.

“Sekiranya ada permintaan daripada peminat untuk lagu baru, barulah kami buat. Saya percaya, peminat akan terus mendengar lagu kami sekiranya karya itu berkualiti,” katanya.

Biarpun dengan pencapaian sekarang, pemain gitar itu mengakui masih sukar membayangk­an masa depan Projector Band, namun berharap nama kumpulan itu boleh menjadi legenda.

“Tidak dinafikan sekarang susah untuk kekal lama dalam industri muzik seperti band legenda tempatan yang lain. Diharapkan pendengar sekarang akan terus mendengar lagu Projector Band supaya nama kumpulan ini terus diingati generasi akan datang,” katanya. -Michelle Gun

 ??  ?? PROJECTOR Band mahu nama terus diingati. Saya percaya, peminat akan terus mendengar lagu kami sekiranya karya itu berkualiti
PROJECTOR Band mahu nama terus diingati. Saya percaya, peminat akan terus mendengar lagu kami sekiranya karya itu berkualiti

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia