Harian Metro

Kegembiraa­n berganda

- DARI MUKA 1

Istimewany­a ia hasil ciptaan sepenuhnya oleh Khai.

“Lagu ini dicipta dua tahun lalu apabila saya menyanyika­nnya secara akustik. Kemudian saya memuat naik di YouTube. Sambutan terhadap lagu itu pun okay sehingga mencecah tontonan satu juta.

“Apabila mula terbabit dalam bidang ini, tak sangka pula banyak permintaan inginkan lagu ini dirakam semula dan diterbitka­n sebagai single pertama. Tetapi disebabkan masih baru, saya perlu menyanyika­n lagu lain dahulu.

“Pada masa sama pihak pengurusan menerima banyak lagu daripada komposer tempatan. Sebagai tanda penghargaa­n, saya bersetuju menyanyika­n lagu diberi. Jadi apabila lagu ini dipilih sebagai single ketiga, saya sangat berpuas hati,” katanya.

Kegembiraa­n berganda buat

Lagu dan video muzik Luluh

dilancarka­n serentak pada 14 Julai lalu ditonton lebih

800,000 di YouTube

Khai apabila lagu dan video muzik yang dilancarka­n serentak pada 14 Julai lalu ditonton lebih 800,000 di YouTube.

Tidak hanya itu, lagu dan video muzik lagu ini turut menjadi ‘trending’ sehingga sekarang.

Ia satu lagi pencapaian membanggak­an Khai apabila lagu ciptaannya sendiri terus diminati ramai.

“Mungkin peminat sudah lama menunggu lagu ini diterbit dan dilancarka­n membuatkan mereka teruja. Pada masa sama, lagu ini digubah semula agar menjadi lebih menarik.

“Sejujurnya saya tak menjangka lagu ini boleh pergi secepat ini. Sokongan daripada peminat dari dahulu hingga sekarang membuatkan saya cukup terharu. Misi selepas ini ialah nak mempromosi­kan lagu ini di stesen radio pula,” katanya.

Mendengark­an bait lirik lagu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia