Harian Metro

Pelawak handalan turut serta

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Selepas kejayaan program Comedy Central Stand Up, Asia! musim pertama, ia kini kembali dengan edisi baru yang bakal ke udara bermula 22 Ogos, setiap Selasa jam 8.55 malam di saluran Comedy Central (HyppTV 609).

Sambutan luar biasa terhadap program ini membuktika­n komedi ‘stand-up’ di Asia semakin diterima ramai. Apatah lagi ia menghimpun­kan ramai pelawak dari seluruh dunia yang nyata teruja menghiburk­an penonton di rantau ini. Ia juga menjadi platform buat mereka meraih lebih ramai peminat.

Menerusi musim kedua, beberapa nama handalan turut serta dalam program yang dirakamkan di Kuala Lumpur.

Mereka ialah Paul Ogata dari Amerika Syarikat

(AS), Yusuf Imran (United Kingdom), Jason Leong (Malaysia), Danny Cho (AS/Korea Selatan), Sharul Channa (Singapura), Alex Calleja (Filipina), Ben Quinlan (Hong Kong), Papa CJ (India) dan Elliot Chang (AS).

Menurut Timbalan Presiden Senior dan Pengurus Besar Rangkaian Antarabang­sa Media Viacom Asia Tenggara Paras Sharma, program ini meninggalk­an impak besar terhadap penonton.

“Jumlah tontonan musim pertama tahun lalu sangat memberangs­angkan sekali gus membuktika­n komedi asal dari Asia begitu kuat tarikannya.

“Ia membuatkan kami terpanggil untuk melabur lebih dalam kandungan musim baru. Kami memperkena­lkan format baru yang membolehka­n orang ramai menonton secara langsung di TV dan pelbagai medium dalam talian,” katanya.

Terbitan Comedy Cenral dengan kerjasama produksi tempatan LOL Events, rakaman membabitka­n 16 pelawak itu berlangsun­g selama dua malam di Pusat Konvensyen HGH, Sentul, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Majoriti pelawak mengetenga­hkan subjek yang sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Asia. Mereka turut menampilka­n isu sterotaip yang acap kali berlaku.

Antara persembaha­n paling dinanti adalah daripada Yusuf. Pelawak kelahiran UK itu ada pesona tersendiri dan mampu mengikat mata penonton dengan aksi nakalnya di atas pentas.

Mengupas isu ISIS selain diskrimina­si yang dilaluinya sebagai Muslim, jenakanya kedengaran segar dan cukup istimewa.

 ??  ?? TUJUH pelawak serta wakil penerbit pada sidang media (dari kiri) Yusof, Chang, Paras, Alex Calleja, Rizal Kamal, Sharul Channa,
Jason Leong, Papa CJ , Paul Ogata, dan Keren Bala Devan.
Jumlah tontonan musim pertama tahun lalu sangat memberangs­angkan...
TUJUH pelawak serta wakil penerbit pada sidang media (dari kiri) Yusof, Chang, Paras, Alex Calleja, Rizal Kamal, Sharul Channa, Jason Leong, Papa CJ , Paul Ogata, dan Keren Bala Devan. Jumlah tontonan musim pertama tahun lalu sangat memberangs­angkan...
 ??  ?? YUSUF antara pelawak yang mempunyai ramai pengikut.
YUSUF antara pelawak yang mempunyai ramai pengikut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia