Harian Metro

Angkat tema cinta agung

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Tiga pelakon popular iaitu Remy Ishak, Bront Palarae dan Ezzaty Abdullah bersatu dalam sebuah filem mengisahka­n cinta tiga segi iaitu Kau Takdirku.

Tampak seperti klise, namun filem arahan Jason Chong ini punya kekuatan tersendiri yang sarat dengan permainan emosi.

Ia mengisahka­n Kamar (lakonan Remy) yang jatuh cinta secara rahsia dengan Alya (Ezzaty) dan berkahwin dengan rakannya, Harris (Bront).

Harris kemudian hilang di laut membuatkan Kamar cuba memenangi hati Alya dan mereka akhirnya mendirikan rumah tangga.

Kemudian konflik bermula dengan kehadiran Haris yang sebenarnya terselamat. Mampukah

Alya membuat pilihan sama ada mahu terus mencintai Kamar atau kembali ke pangkuan Harris?

Kesudahan filem terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd ini akan dapat disaksikan apabila ia mula ditayangka­n di pawagam seluruh negara mulai 7 September depan.

Mengangkat tema keagungan cinta dengan menampilka­n babak menyayat hati dan pengorbana­n yang terpaksa dilalui dalam percintaan, selaku pengarah Jason mengakui tidak sabar menantikan filem ini di pawagam selepas tertangguh hampir tiga tahun.

“Saya tidak sabar untuk melihat maklum balas penonton terhadap filem ini. Dari awal kami memulakan penggambar­an di sekitar Langkawi, Pulau Tioman dan Kuala Lumpur, ratarata meluahkan rasa teruja ketika melihat proses serta perjalanan filem ini yang sarat babak menyentuh hati serta bagaimana takdir seseorang itu berubah.

“Bagi saya, walaupun filem ini ‘diperam’ lama, saya tetap optimis kerana percaya Grand Brilliance mempunyai percaturan hebat untuk memastikan filem ini berjaya di panggung,” katanya.

Walaupun filem ini sudah disiapkan pada penghujung 2014, jalan ceritanya bersifat malar segar dengan pengolahan terkini dan ‘universal’ untuk dipertonto­nkan.

Jason berkata, menerusi filem ini juga dia memperoleh pengalaman pertama menjalani penggambar­an di bawah laut.

“Dari segi sinematogr­afi, saya berjaya mendapatka­n syot yang cantik apabila buat pertama kalinya menjalani penggambar­an di dasar laut bagi menyuntik kelainan,” katanya.

Menurut Jason, babak mengarah di dasar laut bukanlah mudah walaupun dia memiliki lesen selam scuba.

“Aktiviti menyelam ini membawa saya ke satu dunia lain dan ia jauh lebih tenang. Ketika berada di dalam laut, tiada bunyi lain dapat kita dengar selain hembusan nafas sendiri. Sementara untuk berkomunik­asi dengan rakan yang lain hanya dengan pandangan mata dan pergerakan tangan.

“Oleh itu, sebelum memulakan babak di bawah laut, saya sudah memberi keterangan dan panduan

 ??  ?? BRONT berganding dengan Ezzaty.
BRONT berganding dengan Ezzaty.
 ??  ?? ANTARA babak menarik dalam filem ini.
ANTARA babak menarik dalam filem ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia