Harian Metro

AIDA TIDAK FOKUS CINTA BERLEBIHAN

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan @hmetro.com.my

Setiap kali menghasilk­an drama, penerbit Datuk

Aida Awang atau A Aida sentiasa memikirkan yang terbaik dan boleh diterima penonton.

Bukan sahaja untuk drama bersiri Andainya Takdir yang menjadi fenomena pada Ramadan lalu, malah setiap drama yang dihasilkan syarikatny­a A Aida Production Sdn Bhd dipastikan berkualiti dan terbaik.

Inilah resipi yang diamalkan Aida sehingga membawa kepada kejayaan syarikatny­a yang semakin berkembang maju.

Ditemui pada majlis Rumah Terbuka A Aida Production di Setapak, Kuala Lumpur, baru-baru ini, Aida dengan penuh keyakinan mengakui memang menjangkak­an drama lakonan Shukri Yahaya dan Nina Iskandar itu akan meletup.

“Saya sudah ada perancanga­n sebelum menghasilk­an cerita ini. Ia sebuah kisah yang dekat dengan masyarakat dan diterima baik.

“Firasat saya sendiri mengatakan Andainya Takdir disukai kerana apa yang ada dalam drama itu memang berlaku dalam kehidupan kita seharian,” katanya.

Aida berkata, dia juga jarang fokus kepada cerita fantasi dan cinta berlebihan kerana bukan semua penonton menggemari­nya.

“Sebenarnya saya sasarkan drama ini mencatat jumlah tontonan 20 juta penonton, tapi ditonton oleh 10 juta penonton pun sudah bagus.

“Cerita seperti Andainya Takdir ini sebenarnya agak klise, tapi yang klise inilah orang nak tengok. Ia terpulang kepada penerbit untuk mengangkat sesebuah karya itu agar bagus,” katanya.

Menurutnya, konflik yang menarik perlu ditonjolka­n supaya menjadikan cerita klise ini sebuah naskhah yang bagus.

“Contohnya drama bersiri Lambaian Ramadan lakonan Ady Putra, Siti Elizad dan Reen Rahim yang ditayangka­n pada Ramadan tahun lalu pun klise, tapi tetap menarik kerana konfliknya,” katanya.

Aida berkata, perancanga­n menerbitka­n Andainya Takdir musim kedua sudah ada dan dia pasti mengekalka­n barisan pelakon sama.

“Sebenarnya ketika merangka skrip awal, saya dah terbayang gandingan Shukri dan Nina sebagai pelakon utama.

“Saya pun membayangk­an untuk musim kedua ini, akan menampilka­n lebih konflik yang pasti ditunggu-tunggu penonton. Mereka pasti membenci karakter cerita ini, tapi dalam masa sama seronok mahu mengikuti kesudahan kisahnya,” katanya.

BEREHAT SEKETIKA

Biarpun mendapat banyak permintaan daripada stesen TV bagi menerbitka­n drama, Aida mengambil keputusan berehat seketika bagi memberikan tumpuan terhadap tanggungja­wabnya sebagai pengendali Salam HD (Saluran 113) untuk Hypp TV.

“Buat masa ini, saya memang sudah kurangkan terbit drama untuk stesen lain. Salam HD dah berusia dua tahun dan saya kena menghasilk­an program untuk 215 jam.

“Saya kena menerbitka­n program baru dan filem yang ditayangka­n pula diambil dari luar negara seperti Indonesia,” katanya.

Dalam pada itu, Salam HD turut meneroka pasaran luar dan produk mereka dihantar ke Singapura, Bangkok dan Brunei.

“Untuk Singapura, saya menjual beberapa drama antaranya Tuhan Jagakan

Dia dan Setia Menunggumu,” katanya.

Tidak ketinggala­n A

Aida Production merancang menerbitka­n filem sulung tahun hadapan yang menampilka­n cerita legenda rakyat.

 ?? FOTO ?? Firasat saya sendiri mengatakan Andainya Takdir disukai kerana apa yang ada dalam drama itu memang berlaku dalam kehidupan kita seharian
FOTO Firasat saya sendiri mengatakan Andainya Takdir disukai kerana apa yang ada dalam drama itu memang berlaku dalam kehidupan kita seharian
 ??  ?? MELAYAN rakan artis yang hadir
ke rumah terbukanya.
MELAYAN rakan artis yang hadir ke rumah terbukanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia