Harian Metro

Kejutan untuk insan tersayang

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Awal, Scha buat majlis hari jadi serentak sambutan rumah terbuka Aidilfitri

Julai dianggap cukup bermakna dalam hidup pasangan suami isteri popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

Selain menyambut kelahiran permata hati mereka Lara Alana pada 22 Julai lalu, bulan ini juga Awal dan Scha turut meraikan ulang tahun kelahiran ibu, bapa, kakak kepada Awal dan ibu Scha.

Menurut Awal, setiap kali tiba Julai, dia begitu teruja meraikanny­a walaupun pening untuk mencari waktu lapang bagi meluangkan masa bersama mereka.

Jadi, bersempena sambutan hari jadi Lara yang ketiga Ahad lalu, Awal dan Scha tidak ketinggala­n membuat kejutan kepada beberapa insan tersayang dalam hidup mereka.

“Sebelum ini kami hanya meraikan hari jadi Lara. Namun tahun ini kami nak membuat kelainan dengan memberi kejutan kepada bapa, ibu dan kakak saya dan bapa mentua yang turut menyambut hari lahir bulan ini.

“Sesekali meraikan mereka bersama dengan dihadiri kenalan dan sanak-saudara memang seronok. Apatah lagi majlis yang diadakan serentak dengan sambutan rumah terbuka Aidilfitri kami.

Jadi bertambah meriah dibuatnya,” katanya.

Awal yang juga pengacara Melodi berkata, dua majlis serentak iaitu rumah terbuka dan sambutan hari jadi Lara memberikan saat indah buat mereka.

Malah, menjadi tuan rumah bagi kedua-dua majlis yang diadakan satu lagi pengalaman berharga buat Awal dan Scha.

“Selepas berkahwin ini kali pertama kami mengadakan rumah terbuka. Sebelum ini kami menerima jemputan rakan dan keluarga saja. Alhamdulil­lah rezeki yang ada kami ingin kongsi bersama.

“Saya dan isteri sudah berniat dan merancang lama perkara ini. Kami bersyukur apabila segalanya dipermudah­kan Allah,” katanya.

Dianggarka­n lebih 500 tetamu hadir ke majlis rumah terbuka Awal dan Scha yang diadakan di Pusat Komuniti Bukit Damansara, Kuala Lumpur itu.

Majlis yang bermula jam 12.30 tengah hari itu turut dihadiri beberapa rakan artis antaranya Neelofa, Nabila Huda, Betty Rahmad, Dynas Mokhtar, Fouziah Gous, Fara Fauzana dan AG Kool FM.

Berkongsi mengenai sambutan hari lahir Lara, Awal berkata, konsep tahun ini bertemakan kartun kegemaran anaknya itu.

Awal bersyukur apabila rezeki anaknya sentiasa melimpah-ruah apabila mendapat tajaan daripada pelbagai pihak.

“Tahun ini Lara mendapat enam kek selain beberapa tajaan lain. Bagi saya ini rezeki anak saya. Sejak dia lahir hingga sekarang, peminat dan orang ramai tak pernah berhenti mendoakan kesejahter­aannya.

“Tidak cukup dengan itu,

 ??  ?? Selepas berkahwin
ini kali pertama kami mengadakan rumah terbuka.
Sebelum ini kami menerima jemputan rakan dan keluarga
saja
Selepas berkahwin ini kali pertama kami mengadakan rumah terbuka. Sebelum ini kami menerima jemputan rakan dan keluarga saja
 ??  ?? AWAL bersama kakak (tiga dari kiri), ibu bapa dan
bapa mentua.
AWAL bersama kakak (tiga dari kiri), ibu bapa dan bapa mentua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia