Harian Metro

Aksi terbaru kini tular

- Susunan Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Aksi terbaru pelakon Dwayne Johnson atau The Rock dalam filem mini berjudul The Rock x Siri Dominate The Day kini menjadi tular.

Dalam filem berdurasi empat minit, pelakon berusia 45 tahun itu yang beraksi dengan bantuan pembantu digital keluaran Apple iaitu Siri sudah ditonton lebih lima juta kali sejak dimuat naik ke YouTube, Ahad lalu.

Dalam video itu, Dwayne menggunaka­n bantuan Siri untuk melakukan pelbagai perkara walaupun jadualnya cukup padat.

Antara babak menarik dalam The Rock x Siri Dominate The Day ialah apabila Dwayne ‘mencabar’ jadual hariannya dengan terbang ke Rome, Itali untuk membantu menyiapkan karya seni di Sistine Chapel.

Tidak cukup dengan itu, dia terbang ke angkasa lepas semata-mata untuk swafoto sebelum kembali ke bumi untuk menjayakan babak dalam satu filem.

Satu lagi babak men- cuit hati adalah ketika dia menunjukka­n gambar yang digunakan sebagai ‘wallpaper’ di telefon pintarnya.

Gambar itu adalah gambar lamanya yang diambil pada 1994 dengan mengenakan rantai emas dan berbaju leher ‘turtleneck’ yang pernah tular sebelum ini.

Bagi Dwayne sendiri, dia menganggap kerjasama dengan Apple bagi menjayakan The Rock x Siri Dominate The Day adalah kerjasama yang paling menarik.

“Kali ini saya bekerjasam­a dengan Apple untuk menghasilk­an filem yang paling besar, santai, seksi dan lucu,” tulisnya di akaun Twitter miliknya.

Kenyataan di Twitter itu menerima Retweet lebih 1,700 pengguna Twitter yang lain, sekali gus mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia