Harian Metro

Fitbit Alta HR padu

- Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my

Cukup sukar memilih peranti boleh pakai (wearable) kecergasan yang memenuhi keperluan peribadi bermakna gajet terbabit berupaya menjadi pemantau kesihatan dengan sensor yang lebih peka.

Nasib baik penguji menjumpai Fitbit Alta HR iaitu model kedua dengan perbezaan pengesan lebih baik dan bateri tahan lama menjangkau seminggu pada penggunaan aktif ketika digunakan.

Alta HR sangat ringan dan lebarnya pun hanya 15 milimeter berbanding model Flex 2 sebelum ini dilengkapi kemudahan kalis air, namun hanya sesuai untuk peluh atau hujan.

Fitbit tidak menasihatk­an anda untuk mencubanya ketika mandi atau berenang, penguji yang berwuduk serta membawanya masuk dalam bilik ketika mandi mendapati ia tidak mendatangk­an masalah.

Namun, siapa tahu di kemudian hari nanti!

Antara ciri yang penguji gemar dalam Fitbit Alta HR baru ini termasuk pengesan degupan jantungnya yang meluas merangkumi teknologi Fitbit PurePulse yang membantu anda membuat keputusan lebih baik mengenai kesihatan.

Misalnya jumlah kalori yang dibakar dinyatakan di skrin menunjukka­n

Kesan cara tidur anda

jumlahnya dalam sehari dan menariknya jika kita memasukkan (menggunaka­n aplikasi) jenis makanan, anda boleh memantau pemakanan seharian.

Sudah pasti, ia sesuai untuk individu yang ingin kurus atau sering ‘workout’ bagi memastikan tahap kesihatan memuaskan.

Lebih menarik, ia mempunyai pengesan tidur yang memantau jumlah masa tidur dan tahap tidur anda.

Sudah beberapa kali penguji memperoleh nasihat untuk menukar tempoh tidur untuk jumlah lebih lama bagi memastikan jantung sihat dan ia sangat membantu terutama ketika berada dalam keadaan sibuk akibat kerja.

Selain itu, ia juga akanmengej­utkan anda sekiranya tidur anda keterlalua­n. Menarik kan?

Disebabkan rekaannya kecil, anda masih berasa selesa ketika membawanya bersama di bilik tidur.

Ia mempunyai paparan OLED dengan lima baris memanjang yang memudahkan anda memahami notifikasi tetapi aplikasi pada telefon iOS atau Android anda lebih membantu untuk mendapatka­n maklumat lebih lanjut.

Sekali guna pada keadaan yang sangat aktif boleh masih memungkink­an anda memakainya selama enam hari tanpa henti meskipun menurut Fitbit, ia boleh bertahan selama tujuh hari.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia